Negeri PH tidak bubar DUN jika Umno bubar Parlimen
Negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Kerajaan BN memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun ini.
Sebaliknya negeri negeri PH akan melengkapkan penggal sehingga pertengahan 2023 sesuai mandat lima tahun yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke 14 lalu.
“Majlis Presiden PH hari ini telah memutuskan bahawa Kerajaan kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir PH tidak akan menasihati agar Dewan Undangan Negeri masing-masing dibubarkan sehingga tamat tempoh pada tahun 2023,” kata Majlis Presiden dalam satu kenyataan.
Hal itu diputuskan susulan keadaan rakyat yang memprihatinkan dalam menghadapi penderitaan ekonomi susulan pandemik Covid 19 dan banjir besar baru baru ini.
“Keputusan dibuat mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik Covid-19, pendapatan yang berkurangan serta kos sara hidup yang meningkat mendadak.
“Majlis Presiden menegaskan akan fokus segala usaha pada waktu ini ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.