ZUKRI AKSAH..
SETENGAH ORANG ADA JAWATAN TETAPI DIA LETAK JAWATAN DAN DIAM. SAYA TIADA JAWATAN PUN, TETAPI SAYA TIDAK BETAH UNTUK DIAM BILA PERJUANGAN MEMANGGIL UNTUK MASUK GELANGGANG.
Untuk kalian fikirkan:
1. Seorang kawankah itu, bila kita mengharungi perlawanan demi perlawanan, menghadapi kekalahan demi kekalahan, sedang moral antara kita dibenam semakin dalam, dia hanya diam penuh kesombongan, bukan kata sebelah tangan, sebatang jari pun dia tidak menghulur bantuan. Lebih teruk yang dihambur hanya sindiran dan kutukan. Alih-alih dia memberitahu saya boleh memperbetulkan ini semua, dengan syarat beri saya jawatan... terkanan!
2. Tahukah anda Mustafa Kemal Ataturk, sebelum dia meruntuhkan Kekhalifahan Uthmaniyah dan menubuhkan Repuplik Sekular Turki, dia adalah seorang "field marshal" yang
hebat
dan berjaya dalam angkatan tentera Uthmaniyah. Antara kejayaan tersohornya adalah memimpin tentera Uthmaniyah memenangi Pertempuran Gallipoli dalam Perang Dunia I. Orang macam ini masalahnya bukan tamak haloba, tetapi adalah perasaan sentiasa merasa terhebat, merasa orang tidak layak di kedudukan itu, di kedudukan ini, hanya dia seorang sahaja yang layak. Kesudahannya seluruh tamadun boleh hancur, jadi apa sangatlah kalau sebuah parti politik.p/s: saya akan menulis panjang mengenai MENGAPA KALAU SAYA BERTANDING AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
p/s 2: saya pasti ramai yang tidak akan bersetuju dengan apa yang saya tulis, kerana "keghairahan" mereka yang meluap-luap itu. Jangan bimbang, saya tidak akan menyekat komen, komen apa sekalipun... kita lihat peribadi siapa yang tercermin dari kata-katanya.