TERUS TERANG EDISI "TERPALING" Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar

 


TERUS TERANG EDISI "TERPALING"

Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar

Sabtu, 19 Mac 2022 | 9 malam

Kali terakhir saya meluahkan pendapat dalam program terbuka adalah empat tahun lepas (lebih kurang). Antara tahun 2015 hingga 2018, saya menghasilkan beribu kandungan untuk menyampaikan maklumat kepada sahabat-sahabat.

Saya juga pernah menjadi pembaca berita (mencuba nasib) untuk menarik minat rakyat supaya menonton kandungan berita dari sosial media (bukannya dari saluran TV yang dimonopoli UMNO ketika itu).

Dalam PRN Johor, 66% pengundi menyatakan mereka mendapat berita politik dari media sosial. Sedekad yang lalu, penyokong pembangkang sering mengeluh mereka tidak dapat menyampaikan maklumat kerana TV3 milik UMNO ketika itu.

Malangnya, setelah kita berusaha meyakinkan rakyat untuk mencari maklumat yang pelbagai dari sosial media supaya tidak dimonopoli parti pemerintah, kita pula yang tempang dalam bab menghasilkan kandungan dan memberi penerangan. Akhirnya, kita tewas teruk dalam beberapa siri pilihanraya terkini.

Itulah maksud saya kita kena kembali kepada landasan perjuangan dan gerak kerja kita. Kita sampai ke Putrajaya dalam tahun 2018 kerana kita tidak pernah penat berusaha meyakinkan rakyat untuk berubah, termasuklah berubah ke arah kandungan media yang lebih adil.

Berbekalkan semangat #berlarianak, In Sha Allah saya akan mula ke udara (errrr ke internet) semula seperti sebelum PRU14.

Saya beruntung kerana usaha ini turut didukung oleh Sdri Nurul Izzah Anwar. In Sha Allah beliau akan membakar semangat sahabat-sahabat yang mula patah semangat sebab rekod perjalanannya lebih kental dari kita semua.

Sesi "Terus Terang" (yang terpaling) ini akan dimudahcara oleh pengendali asal siri #terusterang semasa kempen PRU14 dahulu, Sdr Syed Ibrahim Syed Noh yang kini adalah Ahli Parlimen Ledang.

Sesi ini akan disiarkan serentak secara live di Facebook saya dan Izzah, di YouTube dan di Twitter Spaces.

In Sha Allah saya jawab secara terpaling terus terang soalan-soalan yang sering berlegar, contohnya saya merajuk (ha3) dan bagaimana kita boleh bangkit kembali menghadapi PRU15.

Jumpa hari Sabtu ini (19 Mac 2022) 9 malam.

Mohon sebarkan!