NAK BUAT PEMILIHAN PUN TAKUT ?

 

Ada gerakan ‘bayar’ akar umbi desak pemilihan sebelum PRU, kata Zahid




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu semua pihak
 dalam Umno bersatu hati untuk berdepan PRU15. (Gambar Bernama)

Kuala Lumpur: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan yang “membayar” akar umbi supaya pemilihan parti diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, gerakan itu turut turun ke kawasan dan Perhimpunan Agung Umno (PAU), selain menghadiri perhimpunan agung sayap Pemuda dan Wanita.

“Dalam PRN Johor dan Melaka juga mereka turun jumpa G7 (tujuh perwakilan yang dipilih dalam mesyuarat bahagian) bayar. Saya tahu. Ini dunia tanpa sempadan, saya tahulah.

“Lupakan itu semua, yang penting kita bersatu hati untuk menghadapi PRU bersama-sama. Saya yakin mereka tiada sebarang motif, ini kawan-kawan saya, saya kenal. Sekilas ikan di air, saya kenal jantan betina,” kata Zahid dalam ucapan dasarnya sempena PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Semalam, Pemuda Umno mengusulkan kepada pucuk pimpinan tertinggi supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali PRU berlangsung.

Asyraf berkata, Pemuda tidak seharusnya terpengaruh dengan usaha memaksa pemilihan parti disegerakan.

Zahid turut berkata, sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas PRU.

“Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin,” tegasnya di hadapan 2,666 perwakilan dari seluruh negara

Zahid turut mengumumkan bahawa pemilihan parti akan diadakan 29 Dis ini berdasarkan tarikh akhir yang ditetapkan oleh parti dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Beliau berkata, dalam PAU, wajib bagi kepimpinan mendengar suara akar umbi termasuk meminta mandat baharu yang diperolehi melalui PRU15.

“Janganlah guruh berdentum namun tidak setitis pun hujan turun. Untuk itu kita mengharapkan untuk kembali kepada rakyat, serahkan kepada mereka, berilah mandat baharu kepada kita.

“Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang itu, jangan ditagih kasih itu selepas ia hilang, makin bertangguh makin melaratlah rakyat, makin padamlah parti kita, betul?” katanya disambut sorakan daripada perwakilan .

Dalam pada itu, Zahid turut menasihati semua pemimpin yang berhasrat bertanding supaya masuk ke gelanggang pemilihan secara “bersih” tanpa menggunakan politik wang untuk mendapatkan jawatan.

Beliau turut bersikap terbuka agar semua jawatan dalam parti dicabar secara adil.

“Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan Presiden… kalau Tok Mat (Timbalan Presiden Mohamad Hasan) berani, bertanding. Jawatan Timbalan Presiden, kalau berani.. lawanlah Tok Mat.

“Tiga jawatan Naib Presiden lawan! Kita tak takut … jangan gunakan duit, jangan. Budaya ini buruk,” katanya.

Di hadapan semua perwakilan, Zahid turut mengakui menerima laporan bahawa terdapat beberapa kumpulan yang sedang melobi untuk jawatan dalam parti.

“Bukan saya tak tahu. Sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, saya tahu. Jangan ingat Presiden tak tahu. Presiden pernah jadi Menteri Pertahanan tau, ada pasukan perisik di bawahnya, Presiden pun pernah jadi Menteri Dalam Negeri, ada SB (cawangan khas) di bawahnya.

“(Saya) tahu, siapa kartel managernya, siapa ‘chief manager’, siapa ‘financial’, saya tahu. Cukup … cukup, kita tunggu dulu. Penyatuan parti untuk PRU itu paling utama,” tegasnya.


No comments: