Tergugatkah Islam Tanpa Pas, Melayu Tanpa Umno?



 

WAJAH WAJAH GEMBIRA KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN MELAYU ISLE



Oleh: Muhammad Azha Salahudin



ULASAN: Mungkin ada yang terfikir apa yang akan terjadi kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia sekiranya parti Pas dan Umno tidak wujud? Adakah orang Melayu akan terus dihina atau orang Islam akan terjerumus ke lembah kekafiran? Jawapannya tidak.

Orang Melayu dan Islam akan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa sebarang ketakutan dan keraguan terhadap kaum dan agama yang lain.

Isu perkauman dan keagamaan telah menjadi satu senjata paling ampuh yang digunakan oleh Umno dan Pas terutama sekali jika berlakunya pilihan raya. Orang Melayu dan Islam yang terancam sebenarnya adalah pemimpin dan ahli parti mereka sendiri apabila kehilangan kuasa dan kedudukan untuk merompak dan menjarah hasil kekayaan negara.


Melayu mudah diperdaya?


Isu yang melibatkan kaum dan agama ini sangat sensitif untuk disentuh terutama sekali melibatkan kaum Melayu. Mereka akan mudah terpedaya dengan isu yang dimainkan oleh Pas dan Umno yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan sedangkan Pas dan Umno juga gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu dan Islam.




Muhammad Azha Salahudin


Perkara ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu masih hidup dalam kemiskinan setelah enam dekad negara kita mencapai kemerdekaan dan selama enam dekat itu juga Umno masih menjadi kerajaan.


Kenapa sehingga ke hari ini pelbagai rancangan telah dirancang, pelbagai kerja telah dirangka tetapi orang Melayu masih miskin? Hal ini berlaku kerana mereka hanya memikirkan soal kuasa dan kedudukan berbanding memikirkan nasib rakyat.


Pas juga dilihat gagal dalam membina sebuah negara yang berlandaskan Islam. Walaupun Pas sekarang merupakan sebahagian daripada kerajaan tetapi tidak ada kesungguhan pun untuk melaksanakannya.


Hudud, tulisan jawi tidak diperjuangkan


RUU 355 atau hudud tidak dilaksanakan, tulisan jawi tidak dimartabatkan, kilang dan minuman arak masih dijual dan cabutan bertuah judi juga ditambah semula setelah dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.


Adakah ini negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas sejak sekian lama sehingga sanggup mengeluarkan fatwa dan mengkafirkan umat Islam yang tidak seideologi dengan mereka?


Kita jangan mudah terpengaruh dengan sentimen dan isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sehingga buta untuk melihat realiti, pekak untuk menerima kebenaran dan takut untuk melakukan perubahan. Kita perlu berpijak pada bumi yang nyata.


Sekiranya parti politik itu dilabelkan sebagai rasis atau perkauman hanya kerana berlandaskan kaum maka Umno dan Pas juga boleh dianggap sebagai parti rasis kerana memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.___________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengarah Strategi Unit Pendidikan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

No comments: