IGP Sahkan Tahanan Terbaru ISA Ahli Jemaah Islamiah




PUTRAJAYA 8 JUN : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan bahawa seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah yang kinni ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ahad lalu merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail dipetik Bernama di Putrajaya hari ini.

Abdul Haris Syhuhadi, 63 ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor kerana didakwa terbabit dengan “aktiviti keganasan”.

Ismail berkata, penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris seorang ahli perniagaan Indonesia yang dikatakan boleh membahayakan keselamatan negara.

Lelaki itu didakwa menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.

No comments: