OLEH: AMIRUDDIN AHMAD
Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakui sedang berusaha untuk menarik bekas Menteri Besar Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Pengesahan itu dibuat pengerusinya Mohamad Sabu.
Jelasnya, GHB mengambil pendekatan untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti politik yang akan dibentuknya.
Jelasnya, GHB mengambil pendekatan untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti politik yang akan dibentuknya.
Bagaimanapun menegaskan akan sedia menentang sesiapa sahaja yang melawan mereka.
“Kami hanya akan bermusuh dengan lawan kami…siapa yang lawan (GHB),” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas pelancaran GHB Terengganu di Dataran Shahbandar pada malam Sabtu.
“Kami hanya akan bermusuh dengan lawan kami…siapa yang lawan (GHB),” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas pelancaran GHB Terengganu di Dataran Shahbandar pada malam Sabtu.
Dalam majlis itu, MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) negeri ini dalam satu majlis pelancaran gerakan itu di Dataran Shahbandar.
Ini merungkai teka-teki yang Raja Kamarul Bahrin yang sebelum ini dilihat seolah-olah memilih untuk berdiam diri biarpun PAS Kuala Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dan memberikan segala bantuan atau kemudahan dengan beliau.
Bagaimanapun, kelibat seorang lagi pemimpin PAS negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang juga disebut-sebut bakal bergandingan dengan Raja Kamarul Bahrin tidak kelihatan seperti mengiakan dakwaan yang dibuatnya sebelum ini iaitu tidak pernah terlibat dengan gerakan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman tersebut oleh bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Raja Kamarul Bahrin berkata, beliau memutuskan untuk menerima tawaran menerajui GHB di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan.
“Saya rasa, saya lebih diperlukan dalam kalangan Harapan Baharu (GHB) kerana seperti yang kita bincang malam ini, ia (GHB) merupakan satu pendekatan yang lebih inklusif…lebih merangkumi semua pihak.
“Jadi saya rasa, itulah caranya untuk kita ke hadapan pada masa ini dan masa depan insya-Allah,” katanya.
Selain bekas Timbalan Presiden PAS yang juga Pengerusi GHB Mohamad Sabu, turut hadir pada majlis itu bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad; bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Ahmad Awang serta penyanyi terkenal dengan ‘Janji Manismu’, Aisyah.