Pastikan ikatan warga berbilang kaum dipelihara hadapi retorik politik sempit





Sambutan Tahun Baharu Cina adalah peluang terbaik untuk memperkukuh ikatan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan tahun baharu yang diadakan oleh pelbagai pihak pada waktu ini dapat meningkatkan semangat kekitaan sesama rakyat Malaysia.

Anwar berkata demikian ketika mengunjungi majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Spice Arena, Bayan Lepas, tangah hari tadi.

"Saya terharu tatkala masyarakat rencam kaum menghadiri acara itu dengan semangat keluarga dan ukhwah yang tinggi.

"Sebagai pemimpin, kita mesti melakukan sedaya upaya kita agar ikatan antara warga berbilang kaum dapat dipelihara malah diperkukuh.

"Saya yakin akan kebijaksanaan rakyat untuk menilai dengan adil dan menolak sebarang bentuk retorik perkauman, termasuk yang dibaluti dengan hujah agama yang sempit dan dangkal," katanya.

Rakyat yang menanti dalam hujan lebat tidak melepaskan peluang bersalam dengan DS Anwar

Rakyat yang menanti dalam hujan lebat tidak melepaskan peluang bersalam dengan DS Anwar

Usai majlis itu Anwar yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak melepaskan peluang bertemu masyarakat di Bayan Lepas

Beliau ke Bandar Perda di Bukit Mertajam untuk minum petang bersama rakyat.

Ratusan penyokong menanti kehadiran beliau biar pun dalam keadaan hujan lebat.

"Saya singgung mengenai Permatang Pauh yang ternyata dekat di hati saya meski saya pernah berkelana ke Port Dickson dan kini di Tambun. Permatang Pauh adalah asas kekuatan yang menunjangi perjuangan yang penuh liku ini.

"Namun, apa yang penting untuk dilakukan saat ini adalah bekerja sebaik mungkin agar negara dan masyarakatnya terbela. Saya yakin kita akan kembali menawan Permatang Pauh dengan gelombang dukungan massa yang lebih kuat selepas ini, inshaAllah," katanya.




GAMBAR DI TOK KUN BUKIT MERTAJAM

No comments: