TALIBAN ANGGAP GAGASAN MADANI ADALAH CETUSAN BARAT.

 

Jamzuri Ardani.


Bagi seorang yang berfikiran seperti Taliban, gagasan Madani dianggap sebagai cetusan dari barat.  


Saya tiada hasrat menghina Taliban di Afghanistan.  Mereka mungkin punya sejarah dan latarbekang tersendiri.  Kehidupan mereka dilakar oleh peperangan, pembunuhan, kelaparan, dan pelbagai penderitaan. 


Tetapi bagi rakyat Malaysia, pemikiran yang menentang sebarang usaha pembaharuan dan pengukuhan budaya Islam yang progresif dan inklusif adalah manifestasi kebobrokan terhadap kefahaman Islam itu sendiri. 


Konsep Madani bukanlah suatu yang asing dalam tradisi Islam.  Madani membawa pemikiran urban, penghayatan terhadap nilai teras, akomodatif terhadap sofistikasi kehidupan yang rencam, dan inklusif terhadap kepelbagaian serta perbezaan.  


Bagi sesetengah golongan konservatif, ianya dianggap sebagai ancaman terhadap kesucian agama.  Padahal dogma agama yang sempit dalam pemikiran mereka yang sebenarnya mengongkong capaian akal mereka sendiri. 


Tidak hairan golongan yang menampilkan wajah agama dilihat rimas dengan penonjolan konsep madani dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.  Pelbagai fitnah, pembohongan, dan prasangka yang mereka lemparkan hanya menggambarjan kebobrokan kefahaman agama mereka.



No comments: