Jentera KEADILAN dari Selangor berkempen di DUN Rembia bagi
memastikan calon Pakatan Harapan (PH) Zamri Pakiri menang di kawasan tersebut.
Menurut pemimpin KEADILAN Selangor, Yahya Shari (gambar,
kiri sekali), jentera parti itu akan
berkempen terus-menerus di DUN Rembia sehingga mandat rakyat dikembalikan
kepada PH.
"Hari ini kita bergerak di beberapa tempat, khususnya bersama
Datuk Seri Anwar bertemu rakyat.
"Kita ucap terima kasih kepada teman-teman dari Selangor,
seperti Cabang Gombak, Cabang Kuala Selangor, Selayang dan Tanjong Karang yang
bertugas di Rembia ini untuk memastikan kemenangan Hj Zambri.
"Kita harapkan juga bagi pengundi di Rembia, baik daerah
mengundi Pekan Alur Gajah, Kelemak, Pekan Rembia, Sungai Petai dan Jeram,"
katanya.
Untuk rekod, Yahya merupakan perancang utama strategi 'Masak Lemak
Cili Padi' yang berjaya menumbangkan BN Selangor dalam PRU 2008 lalu.
Strategi masak lemak cili padi diibaratkan santan kelapa tua
digabung bersama cili padi yang kecil, iaitu calon berpengalaman berganding
bahu bersama calon muda. Gandingan kedua-duanya berjaya menarik minat pengundi
Selanhgor dan menjadikan negeri itu kubu terkuat Pakatan Harapan hingga kini.