UMNO/BN is dead
PAS lwn UMNO... berita buruk buat PH
BERSATU AKAN DIKHIANATI...
Ramai peminat politik tanahair melihat pertembungan antara PN
dan BN atau PAS terpaksa melawan UMNO merupakan satu berita yang sangat
mengembirakan. Tapi bagi saya ia malapetaka buruk buat PH menjelang PRU15
nanti.
UMNO ini memang terkenal dgn perangai penyamun dan pembohong
mereka tetapi mereka sgt bijak dari segi tektikal atau strategi politik. Sb itu
dari pembangkang mereka menjadi sebahagian kerajaan dan akhirnya kembali
menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.
Walaupun hingga saat akhir PAS cuba memujuk UMNO utk bersama
BERSATU tetapi mereka tolak mentah2.... kenapa? UMNO tahu tindakan mereka itu
seperti menggantung diri sendiri tetapi keputusan itu diambil kerana mereka
melihat lebih jauh dari PRN Melaka.
PRN Melaka tidak membawa apa2 perubahan politik negara walaupun
mereka tewas. Menang hanya bonus tewas hampir pasti buat UMNO.
UMNO hanya menyulitkan sahaja utk menyerah baton. Tidak seperti
apa dilakukan oleh PH utk mengelak rakyat menjadi mangsa PH menyerahkannya
secara terhormat.
UMNO boleh hanya melibatkan 28 ahli Dewan Undangan Negeri dan
bukan mengorbankan hampir 500 ribu rakyat Melaka utk turun mengundi.
UMNO tahu tindakan mereka bergerak solo umpama bunuh diri tetapi
dgn hanya cara itu sahaja utk memisahkan perkahwinan BERSATU dan PAS.
PAS seperti kata Ku Li adalah pelacur dan seperti kata A Kadir
Jasin adalah gigolo. Parti itu mana ada maruah atau prinsip. Mereka akn bersama
hanya dgn parti-parti yang boleh memberikan mereka kuasa.
Ingat kata Tuan Ibrahim walaupun PAS curang (PRN Melaka bersama
PN) tapi mereka tidak akn meninggalkan Muafakat Nasional. Ibarat seorang suami
yg mengaku berselingkuh tetapi tetap tidak mahu menceraikan isterinya.
UMNO tahu PRN Melaka ini PN akn tewas teruk. Paling kuat PN
hanya mampu memperolehi 1 kerusi sahaja itu pun kerusi dimiliki BERSATU. Hanya
selepas itu sahaja atas faktor kekalahan tersebut mampu memusingkan
fikiranPresiden yg berkuasa itu utk PAS meninggalkan BERSATU dan kembali kpd
UMNO.
Dlm PAS kata2 Presiden ibarat wahyu yg tidak boleh disanggah.
Lihat pemilihan PAS baru2 ini. Mereka yg dilihat bukan dari team 'Presiden' akn
tewas.
Tuan Ibrahim berkata PAS tidak akn meninggalkan Muafakat
Nasional. Dia tahu Presiden agak uzur ketika ini. Hanya orang terdekat yang
mengetahui tahap keuzuran tersebut. Sy tidak berani menyebutnya biarlah
keluarga terdekat atau parti umumkan sendiri.
Andaikata Tuan Ibrahim mengambil kedudukan sebagai Presiden...
UMNO akn tersenyum lebar. Ia seperti sejarah di mana apabila TGNA meninggal
dunia... UMNO begitu mudah utk 'membuli' PAS. Anda tidak percaya tunggu nanti
bibit perceraian PAS dgn BERSATU.
Info terbaru dari rakan BN... BN atau UMNO boleh dikatakan mati pada PRN kali ini. Katanya Command Centre UMNO/BN sunyi dan mereka seperti tidak bersemangat. Yang datang pun katanya orang yang sama untuk makan sahaja.
NORMAN RADZUAN