Sebagai warga JB yang selalu berhadapan dengan geng basikal
lajak, aku simpati kepada wanita yang dihukum penjara 6 tahun itu.
Bukan bermakna aku tak simpati terhadap mangsa tapi rasanya
hukuman penjara adalah terlalu berat. Mereka yang pernah berjumpa kumpulan ini,
pasti faham apa yang aku maksudkan.
Pernah pukul 2 pagi, aku baru balik dari Selangor, di tengah
lebuhraya Kempas, kumpulan basikal lajak ini berada di tengah-tengah lebuhraya.
Bila kita tekan hon, kita yang dimakinya. Jadi bagi aku,
kemalangan sebegini memang sukar dielakkan kerana seolah mereka yang
menempahnya.
Nak hukum wanita itu dengan denda, gantung lesen atau sebagainya,
mungkin boleh diterima. Tapi hukuman penjara adalah sangat berat.
Apa pun, aku juga bersimpati dengan mangsa yang terlibat. Semoga
Allah pelihara roh mereka. Kepada ibu bapa, sama-samalah kita jaga anak kita.
Jangan sampai tragedi ini terjadi ke atas keluarga kita. Guane boh?