Seorang bekas pendidik merenung cabaran dalam mengimbangi pendidikan agama serta kemahiran berfikir kritis yang ada di kesemua sekolah di Malaysia
Apakah yang mereka pelajari apabila melihat pekerja
asing dilayan dengan begitu teruk?
Apakah yang mereka pelajari apabila mereka melihat
seekor anjing liar yang tidak berbahaya dipukul hingga mati di jalanan?
Apa yang mereka pelajari…
Senarai yang ada ini tiada penghujungnya. Oleh itu,
di sebalik semua jam mengajar yang kita lakukan, anak-anak kita ini mungkin
hanya belajar menjadi kasar, tidak jujur, tamak, tidak adil dan kejam!
Kita tidak boleh menghentikan kekejaman, sikap acuh
tak acuh dan kebodohan yang mungkin didedahkan kepada anak-anak kita. Tetapi
kita boleh mengajar mereka untuk berfikir dan mempersoalkan pemerhatian mereka
tentang dunia.
Kita boleh mengajar mereka untuk merangka semula
bagaimana penerapan pengetahuan agama mereka dalam konteks baru yang belum
diterokai dan menyemaknya dalam skop nilai teras agama dan rohani mereka – di
luar dogma, ritual dan upacara.
Ini saya pelajari sendiri, daripada seorang ustaz
di sekolah saya lebih sedekad yang lalu, dan dia telah meninggalkan kesan yang
kuat terhadap pembelajaran saya sendiri yang saya hargai sehingga hari ini.
Pada suatu hari Deepavali, apabila hampir tidak ada
rakan sekerja Muslim yang datang ke rumah saya untuk majlis perayaan, saya
sangat terkejut melihat ustaz sekolah saya itu sebagai tetamu di depan pintu
rumah saya.
READ MORE: Malaysia's education system: Delving
into the heart of the problem
Sewaktu dia sedang mengunyah muruku, saya bertanya
kepadanya sama ada dia tidak takut melanggar mana-mana larangan agamanya dengan
datang ke rumah saya.
“Puan,” jawabnya, “Saya tidak takut kerana kamu
telah menjemput saya dengan ikhlas, dan kamu pun tahu latar belakang agama dan
keperluan saya, jadi saya percaya bahawa kamu tidak akan dengan sengaja
memperlakukan saya dengan tidak hormat.”
Di sini, terdapat contoh yang indah tentang ajaran
agama yang dimilikinya secara peribadi dan berdasarkan nilai-nilai keberanian,
komunikasi, saling menghormati dan merangkul. Saya tidak dapat menahan diri
dari tertarik kepada ajaran yang sebegini.
Apabila ragu-ragu, kita perlu mengajar anak-anak
kita untuk mempunyai keberanian untuk kembali kepada asas, untuk merenung dan
menyoal, untuk mencari niat di sebalik perkataan dan perbuatan. Pemikiran yang
sedemikianlah yang benar-benar akan membuka pintu dan merobohkan dinding.
Jika kita mengajar anak-anak kita hanya untuk
menyerang atau mengundurkan diri dalam perbincangan, mereka tidak lebih
daripada bidak dan boneka. Mereka bukan sahaja mudah dipengaruhi oleh mereka yang
menjual agama alternatif atau idea menyeleweng tetapi juga mudah dimanipulasi
dan ditipu oleh ‘guru palsu’ dan oportunis politik dalam ekosistem agama mereka
sendiri.
Daripada hanya tahu menyerang dan berundur, kita
harus mengajar anak-anak untuk menjinakkan ketakutan mereka kerana, jika kita
terlalu takut, kita akan kehilangan sama banyak.
Jadi, hari ini, malah lebih daripada sebelumnya,
kita perlu memperkasakan anak-anak kita untuk bijak melihat melalui penipuan
dan manipulasi. Mereka mesti mencari jalan melalui dunia yang cukup kompleks
bersaing dengan keutamaan sosioekonomi dan politik serta kecerdasan buatan.
Bersoal jawab dan Berfikir seharusnya menjadi dua
tunjang asas, bukan sahaja dalam pengajaran ilmu agama tetapi merentasi seluruh
sistem pendidikan kita.
Dan bagi ibu yang terlalu takut itu, apa yang boleh
saya katakan padanya petang itu ialah agar anaknya diajar cara untuk menyoal
dan berfikir.
Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Disember 2024
Terjemahan oleh: Zikri Rahman