KALAU RASA TERANCAM DI MALAYSIA. BANYAK NEGARA LAIN. LALU BANDINGKAN NILAI BARANGAN PULA. ANDA RASA MASIH TERANCAM?


 Zainuddin Omar


Setiap kali pemilihan negara terbaik untuk bersara, hanya satu negara yang numero uno iaitu PANAMA. 



Kerana curious saya membuat beberapa kajian dan pembacaan kenapa Panama kerap jadi negara nombor satu untuk bersara dan apakah bezanya dengan negara kita. 


1. Tarikan utamanya ialah kos sara hidup yang rendah (low cost of living). 


Saya bandingkan harga beberapa barangan di Panama:


Milk (regular), (1 liter) - 8.01RM

Loaf of Fresh White Bread (500g) - 10.77RM

Rice (white), (1kg) - 10.63RM

Eggs (regular) (12) - 11.63RM

Local Cheese (1kg) - 55.60RM

Chicken Fillets (1kg) - 32.67RM

Beef Round (1kg) (or Equivalent Back Leg Red Meat)  - 40.80RM

Apples (1kg) - 16.95RM

Banana (1kg) - 6.35RM

Oranges (1kg) - 12.67RM

Tomato (1kg) - 13.52RM

Potato (1kg) - 9.45RM

Onion (1kg)  - 10.51RM

Mineral water (1.5L) -  6.80RM


Kalau dibandingkan dengan negara kita, harga di Malaysia LEBIH MURAH. 


2. Penjagaan kesihatan (healtcare) yang lebih mampu milik, dan bahasa Inggeris digunakan secara meluas.


Healthcare di Malaysia pun antara terbaik di dunia dengan banyak klinik kesihatan swasta dan awam ada di merata tempat. Doktor kita semua boleh berbahasa inggeris.  


3. Panama menawarkan iklim tropika yang hebat dan terletak di luar zon taufan. 


Suhu purata tahunan adalah antara 25-28°C  di bandar dan sepanjang pantai, manakala di kawasan tanah tinggi, anda boleh menikmati suhu yang lebih sejuk seperti musim bunga sekitar 17-21°C. 


Cuaca di negara kita pun tropika serupa dengan Panama dan di luar 'ring of fire'. 


4. Panama adalah negara yang selamat untuk didiami.


Malaysia juga dinobatkan antara 10 negara dalam dunia paling selamat.

(https://www.globalcitizensolutions.com/ten-safest-countries-in-the-world/).


Bersyukurlah kita rakyat Malaysia. Yes, not perfect but one of the best.


Macam mana mereka kata Islam terancam di Malaysia walhal antara negara-negara Islam kita paling atas paling unggul berbanding negara Islam lain yang corot?



No comments: