KISAH BENAR.LELAKI KAYA DAN SENANG, KINI JADI DRIVER GRAB.

Nazri Hamdan


 Tadi saya ada urusan di KL. Balik dari kerja saya naik grab. Pemandu orang OKU. Tangan sebelah kanan tak ada. Jadi dia memandu tangan kiri saja.


Dia cerita sebelum ni dia bukan saja ada tangan, tapi duit yang banyak. Bisnes dia success. Duit tak pernah jadi masalah. Isteri kerja akauntan syarikat minyak. Ada ACCA Gaji 40 ribu sebulan. 


Tapi selepas 2020 dia kemalangan masa naik superbike dengan isteri. Isterinya meninggal dunia. Tangan kanan dia putus. Tak boleh sambung balik sebab hancur. Dia koma berbulan-bulan. Bisnes tutup. Tak ada siapa uruskan. Satu hari dia cerita masa dia tengah koma arwah isterinya datang dan suruh dia bangun.


Lepas dia bangun, dia sedar tangan kanan dah tak ada. Cedera paru-paru. Pendarahan otak. Bisnes pun tutup. Semua hilang.


Hanya selepas dua tahun dia recover dan cuba bangkit dalam kehidupan semula. Belajar guna tangan kiri sepenuhnya. Mula-mula kekok. Tapi nak hidup tak ada pilihan. Sambil buat grab katanya dia bangunkan bisnes kecil-kecilan dan berjinak dalam bisnes semula. Pengajaran kat sini;


1. Dia pesan kat saya; Jangan sesekali riak,angkuh dan sombong masa kita ada duit, bisnes dan ada semuanya. Sentiasa ingat semua ni pinjaman. Sekali Allah nak bagi, dia akan bagi. Kalau Allah nak ambil, sekelip mata dia akan ambil.


2. Selagi kita berpijak di bumi Allah, kita tetap ada rezeki selagi kita berusaha.


3. Bersyukur dengan kesempurnaan anggota badan yang kita ada. Sebab walau orang OKU sekali pun ada semangat nak bangkit, inikan pula kita yang ada cukup anggota badan tapi pemalas.


4. Esok lusa nasib kita belum tentu. Boleh jadi kita dapat rezeki bergolek, boleh jadi kita yang tergolek. Jangan cepat sangat perlekeh orang lain. Kalau dia dapat, Allah bagi rezeki kat dia. Rezeki dan jalan hidup kita dah tertulis. Yang penting usaha. Jangan cepat sakit hati dengan orang lain.


Sama-sama renungkan..