Kenyataan kontroversi Teddy mengenai isu membabitkan Malaysia telah menerima kritikan hebat daripada majoriti portal media tempatan, yang secara jelas menyokong Perdana Menteri (PM) Malaysia dalam mempertahankan kepentingan negara.
Namun, berbeza dengan segelintir penyokong PAS dan Bersatu, mereka memilih untuk terus menghentam PM sendiri. Dalam isu yang melibatkan hubungan antarabangsa, sikap patriotik dan solidariti sepatutnya menjadi keutamaan. Malangnya, golongan ini dilihat lebih cenderung mempercayai naratif pihak luar seperti Teddy, sekali gus merendahkan usaha negara sendiri.
Fenomena ini mengingatkan kembali bagaimana isu Pulau Batu Puteh pernah diabaikan oleh pihak tertentu, malah ada yang menggunakan hujah Singapura untuk mempertahankan Tun Mahathir. Sikap seperti ini bukan sahaja tidak patriotik, malah memalukan.
Ketika kepentingan negara menjadi taruhan, rakyat sepatutnya bersatu hati menyokong pemimpin demi maruah dan kedaulatan Malaysia.
Mantoba @ King Jason
Aktivis Bloggers