Pemandangan biasa di Sabah, gereja di tepi jalan, dengan lambang salib tinggi seperti itu.
Gambar ni aku snap tepi jalan semasa di Kota Belud, laluan ke Kota Marudu, Sabah.
Kalau un tengok di Sabah ni, mau berbuih mulut takut agaknya.
Kalaulah Pemuda PAS menentang kemungkaran fitnah dan derma "jihad" yang membantu pemfitnah, sama seperti energy isu perayaan Hari Natal, alangkah baiknya.
Ni setiap kali Natal kita dok bertengkar macam nak perang, bila Semenanjung Malaysia nak tenang?
Tak boleh ke kita ambil contoh dari Borneo, di mana kehidupan sesama insan berlainan agama itu diraikan?
Melayu ekstrim ni sampai level influencer bukan Muslim pi makan di restoran makanan tak halal pun dipertikaikan dan dikecam.
Sibuk nak jadi polis moral, sampai orang bukan beragama Islam pun hampa nak dictate ikut undang-undang Islam.
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan." - Surah Al-An’am Ayat 108