Kenyataan Media AMKSedih Keadaan Khairuddin, AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Kenyataan Media

16 Januari 2020

Sedih Keadaan Khairuddin, AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Saya memandang serius kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang dilihat sangat biadab terutama dalam kenyataan terbaru beliau dengan kurang ajar menggelar ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagai "gangster" dan "tahi kucing".

Saya tidaklah marah dengan beliau sebaliknya saya berasa sangat sedih melihat keadaan beliau yang semakin hari semakin 'tenat' kerana dilihat seolah mempunyai masalah mental.

Sejak beberapa bulan ini Khairuddin dilihat seperti orang sakit (mental) kerana dilihat sering meroyan dengan kata-kata kesat dan biadab terutama kepada Presiden KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya faham beliau 'stress' kerana setelah gagal mendapatkan tempat di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau terpaksa menyertai AMANAH untuk menjadi calon Pilihanraya namun akhirnya tewas.

Keadaan beliau dilihat semakin kritikal selepas beliau kalah petisyen pilihanraya yang beliau failkan dan kebiadaban beliau sudah tidak boleh dikawal.

Beliau sangat dikenali sebagai 'penjilat' Tun Mahathir kerana sesiapa yang menegur Tun Mahathir, beliau lah yang akan keluarkan kenyataan biadab menyerang sesiapa sahaja yang menegur Tun Mahathir seolah Tun Mahathir adalah 'tuhan'nya.

Saya ingin menasihati Khairuddin agar jangan campur tangan dalam urusan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tidak menjadikan Pakatan Harapan seperti Barisan Nasional yang sering memungkiri janji.

Beliau perlu ingat kemenangan ini adalah kemenangan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk mengotakan janji termasuk mengangkat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang ditanda tangani pemimpin keempat-empat parti.

Saya juga ingin menasihati beliau agar menjalani rawatan untuk mengawal kemarahan serta membuat pemeriksaan kesihatan mental kerana saya amat khuatir akan keadaan beliau kebelakangan ini yang dilihat seperti kehilangan hala tuju.

Shariful Azmir Hj.Mustafa
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: