APABILA ABANG MAT SABU PULA DIHENTAM ANGKARA TAKUT MAHU TEGUR TUN



Aku amat simpati apabila melihat abg mat sabu teruk kena hentam dek nitizen akibat beliau mahu rakyat jgn bercerita pasal peralihan kuasa PM, takut terganggu ekonomi.  Aku fikir lebih baik Abg Mat komen mcm biasa-biasa dia komen, " kita serah kepada majlis Presiden".  Komen mcm tu lebih selamat daripada Abg Mat nak kaitkan dgn ekonomi bagai mcm pakar ekonomi..

Abg Mat wajar komen dengan bijak.  Dalam Konvensyen Amanah yang lalu, saya dengar salah satu keputusan konvensyen Amanah adalah menuntut Majlis Presiden PH tetapkan tarikh peralihan kuasa PM.  Jika benar begitu, mengapa Abg Mat bercakap menyimpang dan tidak bawa suara akar umbi?  

P/s Psstt...member askar dah tanya tu, kes pembelian helikopter dan land swap apa cerita bang mat?  Tak sound SPRM ke?  Elok fokus yang ni je dulu.  Baling kasut kawad je kat Tipah Koya tu kalau lambat sangat siasat...

WFAUZDIN NS

No comments: