*PERALIHAN KUASA TUNTUTAN PERSEFAHAMAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA*

*PERALIHAN KUASA TUNTUTAN PERSEFAHAMAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA*

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, majoriti rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menbentuk sebuah kerajaan. Mandat tersebut termasuklah persetujuan rakyat terhadap janji peralihan kuasa Perdana Menteri (PM) ke-7 iaitu Tun Mahathir kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai PM ke-8 dalam tempoh dua tahun,  memandangkan DSAI masih berada di dalam penjara waktu itu.

Persetujuan rakyat itu membawa maksud akan memberikan sokongan padu kepada Tun Matahir bagi memegang jawatan PM sementara proses pembebasan dan pengampunan DSAI berjalan sebaik sahaja kemenangan diperoleh dalam PRU14. 

Soal peralihan tampuk kepimpinan kepada DSAI tidak menjadi isu di awal pasca PRU-14. Sebaliknya, tumpuan teralih kepada proses peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada PH. Mewarisi peninggalan kerajaan BN yang sudah terlalu dicemari dengan amalan-amalan korup seperti rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa, menjadi cabaran besar kepada kerajaan PH. Harapan rakyat tertumpu kepada usaha kerajaan PH untuk membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, DSAI telah dibebaskan dan diberikan pengampunan penuh oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong yang membolehkan beliau terus bergiat aktif dalam politik tanah air.  Kini memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, rakyat menantikan pelaksanaan janji peralihan kuasa oleh PH di mana DSAI dinobatkan sebagai PM ke-8. 

Sesiapun tidak boleh menafikan bahawa perjuangan Reformasi selama lebih 20 tahun melalui pelbagai strategi telah membuahkan hasil sokongan rakyat yang padu pada PRU-14. Rakyat akhirnya berani mengambil keputusan untuk menukar kerajaan BN yang telah memerintah lebih 60 tahun.

Bibit-bibit perubahan serta pembaharuan telah mula berlaku. Soal banyak atau sikit boleh didebatkan. Yang pastinya, masih banyak lagi agenda Reformasi yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan PH. 18 bulan telah berlalu, telah tiba masanya untuk proses peralihan dimulakan secara baik dan tersusun dalam masa yang tedekat. Saya berpendapat bulan Mei 2020 adalah waktu yang tepat, selari dengan tempoh janji peralihan kuasa dalam masa dua tahun.

*Zahir Hassan*
*Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan*

https://www.facebook.com/337799410032578/posts/805751546570693/

No comments: