Saya akan tenang hadapi fitnah, terima kasih Pas – Azmin


Image result for azmin ali


KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan tenang dalam menghadapi fitnah video lucah miripnya.
Timbalan Presiden PKR itu hari ini berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Pas kepadanya sebelum ini.
“Menyambut baik sokongan dan menghargai pandangan bernas Timbalan Presiden Pas menolak budaya politik kotor kerana ia cubaan mengalih perhatian orang ramai daripada keadaan semasa.
“Terima kasih atas nasihat untuk terus sabar berdepan fitnah,” katanya di Twitternya.
Mohamed Azmin kini berdepan dakwaan terlibat dalam video lucah bersama seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Aziz.
Pada 12 Jun lalu, Haziq yang juga Ketua Pemuda PKR Santubong, Sarawak tampil secara terbuka mengakui salah seorang daripada lelaki tersebut adalah dirinya.
Dia kemudian mendakwa pasangan yang ada di atas ranjang itu ialah Azmin yang kemudiannya disangkal oleh menteri terbabit.
Sabtu lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyebaran empat video lucah yang dikaitkan dengan Azmin adalah sebahagian daripada strategi mengalihkan perhatian rakyat.
Antara lain katanya adalah isu keadaan semasa ekonomi dan tidak terkecuali kemelut pertelingkatan dalaman parti politik dalam PH. -MG