Kenapa saya sangat sinonim dengan imej baju hitam dalam KEADILAN?


Sebelum menjawab persoalan tersebut, saya nak kongsikan serba sedikit kisah di sebalik baju hitam di dalam KEADILAN mutakhir ini. Saudara Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ialah bagi saya seorang ikon pejuang muda yang taat kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada terwujudnya gelombang besar baju hitam di dalam KEADILAN di seluruh Malaysia. Gelombang ini bukanlah sebuah kumpulan atau fraksi baru di dalam KEADILAN namun hakikat sebenarnya kami sangat anti kepada binaan fraksi2 yang boleh memecah belahkan parti, konsep pemakaian baju hitam itu sendiri terwujud berpunca dari kesedaran perlunya penyatuan dan persediaan melawan fraksi2 pengkhianat yang terwujud dalam KEADILAN.
Baju hitam ini simbolik kepada ketaatan serta patuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden juga satu bentuk simbolik bahawa kita sentiasa berada di dalam keadaan bersedia menghadapi musuh pada bila2 masa lebih2 lagi semasa Presiden sedang dalam ikhtiar menyelesaikan beberapa masalah serta konflik yang berlaku di dalam dan diluar parti. Faktanya baju hitam adalah gerakan Pro Presiden yang berada di landasan perdana KEADILAN bukan fraksi baru!
Siapa Saudara Farhash? Beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi MPN KEADILAN Perak. Beliau adalah anak didik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang usahawan berjaya serta pemimpin muda yang mempunyai kewibawaannya tersendiri. Kalau tak silap saya, habis sahaja beliau menamatkan pengajian di United Kingdom, beliau terus berkhidmat sebagai setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara buat kali kedua.
Beliau lahir dalam jalur keturunan Rasulullah (S.A.W) melalui keluarga Al-Wafa di Mekah. Jalur keturunan itu tidak terputus bermula dari anakanda Rasulullah (S.A.W) iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra.
Saudara Farhash agak terkenal di Palestin kerana pengorbanan misi kemanusiaan yang beliau lakukan semasa perang Hittin diantara Israel dan Palestine pada tahun 2012. Beliau bersama isteri dan anak berada di Macedonia sedang bercuti pada ketika perang itu tercetus yang kemudian diketahuinya ketika menonton televisyen, disebabkan jiwa yang membuak-buak ingin membantu Palestine, beliau sekeluarga terus mengambil penerbangan ke Scorpe dan menghala ke Turki kemudian sampai ke Mesir. Isteri dan anak kecil beliau tinggal di Mesir sementara beliau mengambil keputusan untuk pergi ke Gaza membantu rakyat Palestine walaupun pada ketika itu perang sedang hangat tercetus. Beliau terkenal dengan nama “Abu Khalid” ketika berada di palestin, kisah beliau juga ada tertulis dibeberapa buah buku yang berkisar tentang Palestin.
Farhash juga adalah salah seorang pengasas SAVE GAZA serta MASSA. Ismail Haniyeh Presiden Hamas juga pernah menyebut bahawa beliau sangat berbangga dengan Saudara Farhash. Ketika ini Saudara Farhash masih memegang jawatan di OIC Gaza. Banyak lagi saya nak share tapi takpa nnti saya sambung lagi..
Fendi Aris.

No comments: