Walau tak masuk akal, hakim sebelahi Saiful

Oleh: Amirulmukminin

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula gelisah dengan keputusan kes Liwat II apabila hakim mengatakan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang boleh dipercayai.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika membacakan hujah berkata, Akta Keterangan tidak semestinya memerlukan sokongan bukti dalam kes seksual.

Hakim juga bersetuju dengan Mahkamah Rayuan sampel DNA yang diambil pada berus gigi, botol air mineral dan tuala menggunakan kaedah yang betul.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Twitternya mengkritik barisan panel hakim kerana percaya dengan keterangan Saiful.

"Ketua Hakim berulang-ulang mengatakan hakim percaya dengan versi Saiful. Kamu jawablah di depan Allah nanti," katanya.

Ahli Majlis Pimpinan PKR, Latheefa Koya turut memuat naik status ulangan daripada kartunis satira Zunar: "Bersedia untuk berita buruk".

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen juga dalam status Twitternya berbunyi: "Hakim setuju Saiful merupakan saksi yang munasabah. Sekarang sedang menyentuh isu DNA. Setakat ini nampaknya keadaan tidak berapa bagus"