BAIK TAK PAYAH JADI MENTERI DAN ADA KERAJAAN...TENGOK LEBAI PAS...SEAMBE JE TIPU WALAUN

 

Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan diluar kawalan kerajaan

Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan diluar kawalan kerajaan

Kenaikan harga makanan ternakan di pasaran antarabangsa menyebabkan penternak ayam berdepan kos tinggi bagi mendapatkan bekalan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata kenaikan harga itu luar kawalan kerajaan kerana harga makanan ternakan seperti jagung dan kacang soya semakin meningkat di pasaran dunia.

Katanya, sebagai antara komponen penting dalam penternakan ia memberi kesan kepada penternak ayam.

“Kenaikan harga makanan haiwan ini sudah berlaku sejak empat hingga lima bulan lalu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah mengambil langkah bagi menetapkan harga ayam pada RM6.80 sekilogram melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang dilancarkan semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program pengagihan bubur lambuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sempena Ramadan di kementeriannya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Ronald berkata, pemain industri perlu mematuhi harga kawalan ditetapkan dan pengawalan harga juga perlu dibuat dalam rantaian industri.

Beliau berkata, pihaknya bersama-sama KPDNHEP mengadakan perjumpaan dengan pemain industri untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah harga runcit ayam termasuk mencadangkan penambahan permit import (AP) ayam.

“Apa juga tindakan ia harus dibincang di peringkat dasar dan tindakan yang diambil itu nanti perlu menguntungkan industri keseluruhannya,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan, kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung yang diimport dari Argentina dan Brazil antara punca menyumbang kepada peningkatan harga ayam di pasaran.

KPDNHEP, dalam satu kenyataan media, memaklumkan analisis awal mendapati kenaikan harga makanan ternakan itu menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan daripada peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Menyentuh masalah kelewatan bekalan benih padi di utara Semenanjung, Ronald berkata, masalah itu akan diselesaikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam masa terdekat.

Katanya, NAFAS turut mencadangkan penukaran antara 50 hingga 60 peratus varieti MR297 kepada varieti MR219 bagi menampung keperluan benih padi sah semasa.

“Sekiranya cadangan penukaran benih padi ini dipersetujui, penghantaran akan diatasi dalam tempoh seminggu,” katanya.

Terdahulu, Ronald mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan kementerian, manakala sebahagian daripadanya dijadikan menu iftar kakitangan bersama 50 pelajar Tahfiz Maahad Darul Muqri Rawang dan Maahad Tahfiz Addirasah Seremban. /



No comments: