Sudah dimaklumkan KPM & KPTM...degil dan sombong
SEKARANG BARU KITA SEDAR DAN MAHU UTURN
19 Februari dulu saya antara yg menentang anak2 kita diarahkan
ke sekolah oleh KPM dan KPTM. Alasan kes masih tinggi, pergerakan jutaan anak
serta ibu bapa dan vaksin baru bermula. Sebab itu juga beberapa hari lepas saya
syorkan KKM menasihatkan kerajaan jgn izinkan rakyat pulang berhari raya.
Lihat sekarang di Kelantan sendiri kluster atau kes yg paling
tinggi disumbangkan di sekolah2. Memang tidak pelik ia akan berlaku... apa nak
kita harapkan anak berusia 7-12 tahun ingin melakukan perjarakan sosial.
Hari ini berita... sibuk ibu bapa minta KPM dan KPTM menutup
sekolah. Kenapa dulu tak mahu bersuara? Skg bila kes di sekolah melonjak di
kebanyakkan tempat kita mula bimbang. Nak harap Menteri kerajaan ini...
beritahu siapa mereka yg bijak?
Media pula tidak menjalankan tanggungjawab sosial mereka.
Mengapa media 2 bulan lalu tidak berperanan seperti skg sibuk nak interview ibu
bapa? Menjadi pengampu kerajaan ?
Tak perlulah juga media sibuk bertanya komen Profesor2 Kangkung
yg dilihat lebih mengampu... bila kes naik mulalah beri komen mcm bijak2
sahaja. Dulu setuju dgn Menteri...Ini semua poyo ! Patut Profesor2 sarankan kpd
kerajaan pelaksanaan Pdp ( belajar dari rumah ) yg lebih serius ketika itu. Ini
baru diperkenalkan dah minta anak2 ke sekolah...hanya menghabiskan duit rakyat!
Saya ada mengesyorkan kerajaan mulakan dgn IPTA sahaja dahulu.
Anak2 kita boleh dimulakan paling awal selepas hari raya. Atau boleh
dilanjutkan dan dimulakan secara berperingkat. Dahulukan pelajar Tingkatan 5
dan 6 sahaja. Mengapa perlu tergesa gesa.
Jadi mesej di sini kpd kita... redhalah utk kita dihalang rentas
negeri utk pulang berhari raya. Jgn kerana keseronokkan dan kerinduan 3 hari
itu mudaratnya 3 bulan kita merana lagi bila dikenakan PKP.
Bersyukur sahajalah ekonomi boleh dibuka. Peniaga2 kecil boleh
berniaga, sektor pelancongan dlm negeri boleh dibuka sekaligus keluarga yg
terlibat bekerja dlm industri ini masih boleh bekerja.
Kita perlukan hingga penghujung tahun ini utk bertahan atau
bersabar. Biar 70% rakyat kita divaksinkan dahulu. Saya juga berharap menjelang
Ogos ini rentas negeri akn dibolehkan untuk rakyat Malaysia.
Sekali lagi saya katakan Menteri Pendidikan patut
bertanggungjawab bukannya pelajar atau ibu bapa pelajar yg disaman. Mereka mana
ada alat ujian Covid19. Org kampung pula mana mampu nak pergi buat ujian
Covid19 yg kebanyakkan diambil kesempatan oleh klinik2 swasta dgn caj melampau.
KKM mesti beritahu pihak berkuasa byk kes positif adalah mereka
yg tiada simptom. Jgnlah hukum rakyat atas kelalaian pemimpin menguruskan
pandemik ini. Parlimen tutup sekolah disuruh buka... stupid. Maaf malam ini
sedikit emosi.