TAK BACA SEBAB MALAS BACA...BACA TAK NAK PAHAM....DIA MAKI BABI LA BAGAI...MELAYU MELAYU...

 












JANGAN JADI BATU API.


1. Saya tidak kisah jika Menteri Pendidikan dikritik. Dalam demokrasi, dasar kerajaan memang wajar ditegur jika ada kelemahan.


2. Tetapi saya bimbang apabila kebencian politik mula mengatasi kebenaran.


3. Dalam Program Baju Sekolah NADI, ramai terus menghukum hanya kerana melihat perkataan "ansuran". Ada yang mendakwa kerajaan mengajar ibu bapa berhutang untuk membeli pakaian sekolah. 


4. Sedangkan apabila disemak, Program Baju Sekolah NADI bukanlah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebaliknya inisiatif komuniti di bawah ekosistem NADI.


5. Lebih penting, program ini lahir daripada Program Mahir Jahit yang melatih suri rumah, ibu tunggal dan ahli komuniti memperoleh kemahiran menjahit bagi menjana pendapatan.


6. Uniform sekolah yang dijual bukan sekadar produk, tetapi hasil titik peluh komuniti yang sedang berusaha mencari rezeki yang halal.


7. Ramai juga tersalah faham tentang konsep ansuran. Hakikatnya, TIADA SIAPA DIPAKSA membayar secara ansuran.


Jika mampu, bayarlah secara tunai.


8. Tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak dan sukar menyediakan wang sekaligus, mereka diberi PILIHAN membayar secara ANSURAN TANPA FAEDAH dan TANPA CAJ TAMBAHAN.


Itu bukan mengajar rakyat berhutang, sebaliknya memudahkan urusan mereka.


Bukankah memudahkan urusan orang juga satu bentuk ihsan?


9. Malangnya, ramai hanya melihat dari sudut pembeli. Mereka lupa di sebalik setiap helai pakaian sekolah itu ada suri rumah dan ibu tunggal yang bergantung kepada tempahan tersebut sebagai sumber pendapatan.


10. Jangan kerana kebencian politik, akhirnya rezeki orang lain pula menjadi mangsa.


11. Inilah masalah apabila separuh cerita dijadikan keseluruhan cerita. Fakta dipotong, konteks dibuang, lalu orang ramai dibawa kepada kesimpulan yang salah.


12. Lebih menyedihkan, apabila penjelasan diberikan, masih ada yang enggan menerima kerana matlamatnya bukan lagi mencari kebenaran, tetapi menyuburkan kebencian.


13. Yang paling saya bimbangkan bukan orang mengkritik menteri. Itu perkara biasa. Yang saya bimbangkan ialah apabila kita sudah tidak lagi peduli sama ada sesuatu itu benar atau tidak.


Asalkan dapat membenci, cukuplah.


Iman kita ini... Bagaimana agaknya? 


14. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa memadai seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap perkara yang didengarinya tanpa memastikan kebenarannya.


15. Sebab itu, kritiklah apabila ada kesilapan. Persoalkan apabila ada kelemahan. Tetapi jangan membina persepsi dengan mengorbankan fakta.


16. Saudara yang membaca, pilihlah jalan yang mahu kita tinggalkan kepada masyarakat.


Pilihlah sama ada membantu menyebarkan fakta dan mencerahkan pemikiran, atau membiarkan kebencian terus memecahbelahkan kita.


17. Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya dengan menyemak dan menyampaikan apa yang saya temui.


18. Selebihnya saya serahkan kepada kebijaksanaan saudara. Semoga Allah memelihara lidah, tulisan dan jari-jari kita daripada menjadi penyebar fitnah dan kebencian.


Aamiin.


DR


#PendidikanManusiawi

#PENAmadani

#AkuKasihMalaysia

#terimakasihcikgu

#gurupenyayang

#pendidikankarakter

#ReformasiPendidikan






No comments: