Kenapa Haji Hadi sibuk takutkan orang Melayu dengan DAP? Kerana dia tak mahu bercakap masalah rakyat yang PAS gagal selesaikan sejak sekian lama.
Itu cara mudah untuk pemimpin politik tutup kelemahan mereka.
Di Kelantan tiada DAP, tapi rakyat mengeluh soal bekalan air dan kualiti air sejak 36 tahun PAS jadi kerajaan.
Anak muda pula ramai terpaksa keluar negeri cari peluang pekerjaan bergaji baik kerana dekat kampung tak sebanyak yang mereka perlukan.
Bila anak-anak terpaksa berhijrah ke Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor untuk bina kehidupan, mak ayah tinggal jauh di kampung.
Ini masalah sebenar orang Melayu yang patut pemimpin Melayu dan PAS sibuk fikirkan.
Kemiskinan pun belum selesai sepenuhnya. Pendapatan keluarga, peluang kerja, pembangunan ekonomi dan kemudahan asas masih jauh lebih penting kepada kehidupan rakyat daripada hari-hari mencari kaum atau parti lain untuk dijadikan 'hantu' orang Melayu.
Melayu tak jadi lebih kuat hanya kerana setiap hari diberitahu siapa musuh mereka.
Melayu jadi lebih kuat bila anak-anak mereka ada pendidikan yang baik, kerja yang baik, pendapatan meningkat, rumah mampu dimiliki dan peluang untuk naik kelas sosial.
Jadi daripada hari-hari bertanya siapa ancam Melayu, lebih baik rakyat mula bertanya: Siapa boleh selesaikan masalah air? Siapa boleh bawa lebih banyak kerja? Siapa boleh naikkan pendapatan? Siapa boleh kurangkan kemiskinan?
Sebab akhirnya rakyat tak boleh minum sentimen politik. Rakyat perlukan air bersih, kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Itu yang PMX bermati-matian usahakan tapi cuba ditutup dengan ketakutan yang diada-adakan.
Bawa pelabur, tvet, naikkan gaji penjawat awam dan banyak lagi yang PAS tak mampu nak buat.

No comments:
Post a Comment