
Fadhlina hadir pada Program MADANI Kita (PMK) di Simpang Ampat, Nibong Tebal pada 8 Ogos 2026. Foto PACU
NIBONG TEBAL, 8 Ogos – Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang menawarkan pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran dilihat mampu membantu meringankan beban ibu bapa, khususnya keluarga yang mempunyai ramai anak.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kemudahan berkenaan merupakan antara inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dalam meringankan kos yang ditanggung, khususnya pada awal sesi persekolah bermula.

“Saya melihat ini sebagai antara program atau projek yang sangat baik untuk rakyat dan saya juga berhasrat memberikan komitmen terhadap projek ini, khususnya bagi persiapan persekolahan pada tahun hadapan, Insya-Allah.
“Sebagai Ahli Parlimen, perkara berkaitan pakaian seragam sekolah ini sering menjadi antara permintaan ibu bapa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program MADANI Kita di Simpang Ampat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pelaksanaan program NADI yang disifatkan sebagai platform penting dalam menghubungkan rakyat dengan kerajaan.
Katanya, program berkenaan turut memberi manfaat dalam bidang pendidikan menerusi NADI Tuisyen selain menyediakan ruang kepada golongan muda untuk menyertai aktiviti e-Sukan menerusi NADI e-Sport.
No comments:
Post a Comment