Selepas PH tewas untuk kali ketiga di Negeri Sembilan, Anwar telah hilang daripada pandangan orang ramai selama hampir seminggu.
Kehilangannya begitu ketara sehingga therealnehruism terpaksa mengeluarkan poster "Dikehendaki" untuk mencarinya.
Semasa ketiadaannya, semua orang — termasuk saya — meramalkan kesudahan karier politik beliau.
Pada pandangan saya, DAP akan meninggalkannya selepas konvensyen mereka pada 16 Ogos. PH kemudiannya akan terus tewas di Melaka dan Sarawak, dan apabila Anwar memasuki PRU16 dengan rentetan kekalahan di belakangnya, beliau pasti tersungkur dan hilang jawatan sebagai Perdana Menteri juga.
Namun, jika anda fikir Anwar sedang bersembunyi di suatu tempat, untuk meratapi prospek politiknya, fikirkan semula.
Jangan kita lupa bahawa Anwar mungkin sedang mengalami kekalahan berturut sekarang, tetapi beliau tetap bukan seorang yang tewas.
Orang yang tewas akan berputus asa apabila mengalami kekalahan demi kekalahan.
Tetapi seorang juara akan melawan kembali.
Dan Anwar memang telah membuktikan yang dia sememangnya seorang juara sepanjang sebahagian besar hayat politiknya. Walaupun jatuh berkali kali, beliau tetap berjaya bangkit semula dan mendaki kemuncak kemenangan, walaupun semua orang telah pun mencuci tangan terhadap dia, setelah melihat dia lemas dalam lautan kekalahan.
Jadi, mungkin kita tidak patut memandang kecil peluang Anwar untuk mengubah nasibnya dengan begitu sahaja.
Selepas hilang selama hampir seminggu, Anwar kembali hari ini dengan penuh api dan bara.
Beliau begitu membara hinggakan Ismail Sabri nampaknya tidak tahan dengan bahangnya lalu dimasukkan ke hospital untuk memasang perentak jantung (*pacemaker*).
Dan Ismail Sabri bukan satu-satunya pihak yang merasakan bahang kemarahan Anwar.
Felda dan Tabung Haji kini turut berada dalam sasaran Anwar.
DALAM kes Felda, Anwar kini telah mengarahkan siasatan dijalankan mengenai sebab sebuah hotel yang dibeli oleh Felda pada harga £160 juta kini dijual pada harga hanya £100 juta..
DALAM kes Tabung Haji pula, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan bahawa pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap individu-individu yang dikenal pasti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Pegawai-pegawai LHDN hari ini, telah pun menyerbu beberapa premis berkaitan untuk mengumpul maklumat dan menyiasat sebarang percanggahan antara pendapatan yang diisytiharkan oleh individu-individu tersebut dengan pegangan aset mereka.
Tiba-tiba, Perdana Menteri hilang dari radar pada minggu lepas kini berada di mana-mana sahaja.
Namun, adakah semua ini cukup untuk meyakinkan perwakilan DAP pada 16 Ogos agar terus menaruh kepercayaan kepada pentadbirannya?
Adakah ia mencukupi untuk melemahkan pihak lawan dan menghentikan siri kemenangan mereka?
Nah, saya rasa masih terlalu awal untuk melihatnya sebegitu.
Tetapi saya akan katakan ini:
Hari ini, buat pertama kalinya setelah agak lama, PMX yang kita ini tidak lagi kelihatan seperti seorang yang tewas di mata saya.
Kali terakhir saya melihat Anwar seperti seorang juara adalah pada bulan Oktober tahun lalu, apabila beliau berdiri bersama pemimpin-pemimpin dunia, menjadi orang tengah mendamaikan negara-negara yang berperang dan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sangat berjaya.
Sejak itu, beliau telah di timpa satu kekalahan demi satu kekalahan sehingga saya terasa seperti beliau telah menjadi seorang loser tegar.
Tetapi hari ini — sembilan atau sepuluh bulan kemudian — barangkali merupakan kali pertama saya merasakan cahaya kemenangan sudah mula memancar semula dari wajah Anwar.
Ia masih belum benar-benar bersinar, namun, jika Anwar dapat mengekalkan persona "pemimpin membara" ini untuk tempoh yang cukup lama, mungkin bara yang dinyalakannya hari ini boleh marak sehingga menghidupkan semula sinar Kejayaannya semula.
Mungkin.
#AnwarIbrahim #felda #tabunghaji #ismailsabri #PRU16 #GE16
Kredit Imej : SCMP

No comments:
Post a Comment