Pertemuan saya serta pimpinan KEADILAN bersama Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi ini.
Dalam pertemuan itu, kami bincangkan soal pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Saya sampaikan hasrat KEADILAN selaku rakan sekutu untuk terus diberikan ruang dengan adil dan saksama sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah.
Kami juga bersetuju bahawa kesemua calon yang akan bertanding dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap sekali gus kekal mengemudi Sabah.
*Anwar Ibrahim*
#KEADILAN #WARISAN #Sabah