BERGAMBAR : ANWAR DI SABAH MELUNCURKAN JENTERA PILIHANRAYA SABAH






Di Sabah hari ini bagi meluncurkan jentera pilihanraya Sabah bagi KEADILAN di Sabah International Convention Centre.



Saya berbangga dengan semangat baru dalam KEADILAN, terutamanya KEADILAN Sabah yang ditonjolkan malam ini. Penghargaan saya pada pimpinan, cabang-cabang dan ranting-ranting serta barisan AMK dan Wanita Sabah.

Saya singkap sejarah parti mengenai prinsip dan idealisme. Ada beberapa kerat pimpinan terdahulu yang kita angkat dan beri amanah, namun khianat kerana kecundang dengan kilauan wang ringgit dan pangkat.

Justeru anggota dan pimpinan yang hadir pada malam ini adalah mereka yang kental idealismenya dan sedia mengharungi mehnah perjuangan.

Saya petik kata-kata Saidina Ali Abi Talib bahawa kita mungkin punya dasar yang lebih baik, namun usah kita remehkan soal strategi dan disiplin jemaah dalam merebut kemenangan. Ini peringatan saya kepada pimpinan dan jentera kita yang mesti digarap sebaiknya.

#KEADILAN #Sabah

No comments: