Akta Anti Lompat Parti

 SAIFUDDIN NASUTION



Akta Anti Lompat Parti

Pagi ini saya dan Wong Chen memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen KEADILAN.

Menemani saya bersiaran dari ofis parti ialah William Leong. Taklimat sebagai persiapan sidang khas parlimen 11April 2022 untuk membahas RUU Anti Lompat Parti.

Saya mengetuai parti dan PH dalam Jawatankuasa MOU, manakala Wong Chen, William dan Sivarasa menduduki Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab memberi input dan ide sehingga draf akhir ini dihasilkan.

KEADILAN dan PH siap sedia untuk berbahas dan menyokong. Sekurang-kurang 148 Ahli Parlimen perlu menyokong untuk membolehkan Akta Anti Lompat Parti terpakai.