2020 TAHUN DSAI, JANGAN MENGALAH!



SARIDAH SH ABDULLAH


Kerajaan korup kurap berterusan atau dihentikan berada di tangan DSAI dengan syarat jauhi dan jangan mengalah dengan TM. So DSAI PM, tepi bakal PM sehingga akhir hayat nanti, so what?

Sejarah takkan menipu, apabila generasi masa hadapan tahu bahawa DSAI pegang prinsip mereformasikan Malaysia kepada suatu pentadbiran lebih baik, telus dan adil WALAUPUN beliau gagal kerana banyak halangan di zamannya!

Sekurang-kurangnya mereka sedar bahawa ibubapa mereka pernah memperjuangkan agar keadilan tertegak di bumi Malaysia. Ibubapa yang tidak peduli pasti akan dicerca. Nasib anak cucu mereka dicengkam sistem bobrok yang ibubapa mereka bersubahat menjayakannya!

Nama Anwar Ibrahim tetap dijulang walau tidak menjadi PM sepertimana Dr Burhanudin dikenang sebagai pejuang! Tetapi jika berkompromi dengan pengkhianat atau tunduk kepada desakan TM, maka Anwar akan mencalar dan mencemar prinsip yang diperjuangkan hampir seluruh hidupnya di bumi Malaysia ini! Berbaloi ke Dato Seri?

Anwar Ibrahim mempunyai banyak opsyen untuk elak dari dipenjara, sebagaimana pemimpin UMNO sedang berusaha. Malah Anwar Ibrahim jika keluar negara dan tinggalkan politik Malaysia, tidak akan diextradisi kembali, kerana tiada wang Malaysia yang Anwar curi! Malah UMNO akan bersorak sorai, lega apabila Anwar tiada lagi dalam politik Malaysia!

Mereka dapat cengkam Malaysia tanpa Anwar Ibrahim sebagai pembela rakyat jelata. Jika jawatan PM itu suatu amanah besar kepada Anwar Ibrahim, beliau tidak akan mau berkompromi dengan mereka yang gila jawatan atau hanya kerana ingin membalas dendam. Jika Anwar Ibrahim seorang pendendam, pasti apabila Mahathir yang menyumbatnya ke penjara kali ke 2 (rayuan Saiful, jgn lupa Ghani Patail yang file), TIDAK ingin mau berjabat tangan dan bersua! Jika Anwar gelojoh orangnya, pasti Kak Wan disuruh terima, apabila YDPA menawarkan posisi PM kerana PKR parti yang memenangi kerusi majoriti.

DS WAWI hanya perlu berkata, "Hamba serahkan kepada kebijaksanaan Tuanku!" Siapapun tidak boleh salahkan DS WAWI! Jika masih rakyat tidak nampak pengorbanan DSAI suami isteri, SAHLAH rakyat Malaysia ini bukan pekak, buta atau tuli TETAPI JAHAT dan tidak pelik apabila layak dipimpin pemimpin jahat lagi keparat!

Jika sebelum ini, DSAI hanya berhadapan dengan ahli politik korup lagi kurap, sekarang lebih sukar kerana mereka disokong oleh orang alim yang haloba dunia. Mengeluar dalil dan fatwa menghalalkan cara WALAU ia terang dan nyata sebuah pengkhianatan! Khianat itu haram tidak mungkin bertukar menjadi halal hanya kerana ada sokongan mufti dan mufti upgrade menteri!

Sebagai rakyat yang cintakan negara ini INGIN sekali saya melihat kebenaran, keadilan, kebersihan terlaksana sebelum memejam mata. Tetapi jika belum rezeki, saya akan pergi dengan yakin bahawa obor yang DSAI pertahan akan berterusan dari satu tangan ke satu tangan tidak terpadam kerana ia simbol harapan. Tetapi jika DSAI berkompromi dengan pengkhianat demi merasa jawatan, maka kecewalah saya kerana obor itu akan padam entah bila bercahaya semula!

Saya berdoa, agar Allah tetapkan hati DSAI mengenggam perjuangan ini, sebagai mana seorang Muslim menggigit Islam tidak dilepaskan walau seluruh anggotanya lumpuh tidak berdaya bangun melawan zaman fitnah ini.

DSAI amalan kita yang akan dibawa sebagai bukti bagaimana hidup kita dimanfaat di bumi BUKAN gelaran yang akan ditinggalkan apabila jasad dikebumi.

Semuga DSAI kuat untuk kami kuat!
#lawantetaplawan