HAMDAN TAHA
Ada perkara kita faham
Ada perkara kita tak faham
Ada perkara jenuh kita berfikir kita tak juga faham....faham
Ada perkara kita rasa kita faham..rupanya kita pun tak faham..
Tun Dr M letak jawatan PM sampai sekarang ramai yang tak faham...kenapa
Tun Dr M lepas letak jawatan PM sekarang dia nak semula...kita pun tak faham
Dato seri anwar ibrahim dengan tun m boleh berbaik setelah krisis 20 tahun...orang macam kita mana nak faham...
Dato seri anwar di tolak oleh tun m secara tidak nampak...depan pemberita dia kata dia tak tolak...jenuh kita nak faham...kenapa anwar boleh terima dan tertipu lagi....hisss tak faham kita...
Hari ini tun m buat kenyataan bahawa dia tak mahu dah jadi PM tetapi jika orang sokong dia terpaksa ambil bukan kerana nak jawatan itu..tetapi kerana saya anggap itu tugas dan tanggungjawap...lagi pun saya bukan nak pegang lama.....yang ini pemberita pun tak faham...dah tua pun kenapa masih mau jadi Pm lagi....tapi orang kata kat saya siapa yang dah jadi PM saja yang faham kenapa jawatan tu seronok di pegang....tun m...pak lah...najib dan sekarang tsmy saja yang FAHAM kenapa syok jadi PM....yang tu Dato Seri Anwar pun belum Faham...
Jadi apa yang jadi hari ni sebab bagi ahli politik rakyat malaysia ni memang tak faham faham...
Sahabat yang baca ni ada faham ke...jika tak faham buat macam faham dah ler....yang penting nampak macam faham...lepas tu kita baru faham