PAS gunakan agama kaburi umat Islam

PAS gunakan agama kaburi umat Islam
Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk

PAS gunakan agama kaburi umat Islam


“Jelas Pas hanya bersandiwara dalam isu pemandu mabuk selama ini bagi mengaburi mata umat Islam di negara ini,”
Kenyataan itu dilontarkan oleh Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah yang menyatakan bahawa Pas selepas menjadi sebahagian dari kerajaan membisu dalam isu yang selama ini mereka perjuangkan.
Naib Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah
Katanya, Pas seolah-olah hilang arah dalam membawa suara parti itu apabila mereka mendapat kuasa dan ternyata hujah Pas selama ini hanyalah untuk meraih simpati umat Islam.
“Kenyataan ‘flip-flop’ pemimpin Pas cukup jelas yang selama rakyat tertipu dengan permainan parti itu. Mana suara Pas dalam isu pemandu mabuk dan isu penjualan arak
sehinggakan orang awam khususnya umat Islam terkesima dengan perjuangan parti itu.
“Kini umat Islam mula tersedar yang mereka telah tertipu dengan mainan politik Pas yang mempergula-gulakan mereka sahaja demi kepentingan peribadi Pas,” katanya.
Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang membenarkan penjualan arak sekiranya ia dikawal.
“Sebelum ini (ketika pembangkang) Pas bermati-matian mahu mengharamkan penjualan arak di negara ini namun kini kenyataan itu berubah mengikut ‘fatwa’ mereka yang baharu.
“Apa yang patut dilakukan Pas adalah dengan menghentikan sandiwara mempergunakan agama sebagai penyelamat dalam ‘survival’ politik mereka,” katanya lagi.

No comments: