“HIKMAH” PAKATAN HARAPAN BUKAN KERAJAAN SEKARANG


LYANA MARZUKI



1. Menteri Agama tak disalahkan 12 minggu orang Islam tak boleh solat Jumaat dan tak boleh solat raya. Kerajaan Melayu Islam yang arah, jadi takde hal.

2. Menteri Pengangkutan dan Menteri Agama tak didoakan kena langgar oleh pemandu mabuk walaupun sekarang kes pemandu mabuk berleluasa.

3. Menteri MOH tak kena maki kes positif Covid naik balik sampai 277 semalam. Kalau tak, mungkin ada yang doa Menteri Kesihatan sekali kena Covid.

4. Kerajaan PN iktiraf UEC atas desakan MCA, bukan lagi salah DAP.

5. Bapa Adib buat rayuan status kes Adib, namun walaun tak bising dan tak buat lagi isu perkauman.

6. Walaun bersyukur dapat e-wallet RM50, kalau e-wallet RM30 itu namanya Kerajaan nak curi data.

7. Sekolah vernakular dah takde hal, peguam Parti Putra tarik balik kes saman beliau sebab MCA dan MIC mencelah.

8. Minum arak orang bukan Islam itu tak salah kata Menteri Undang-Undang, perlu dipertahan. Kalau tahun lepas Menteri Agama cakap lagu ni mahu kena “tembak”.

9. Najib Razak kata kes dia di bawah PN lagi adil. Kalau sangkut kes dan masuk Buloh Inn, NR tak boleh u-turn kata.

10. Kerajaan Melayu Islam memerintah, boleh la kita tengok sama ada depa ni “kotakan” segala isu dulu yang depa tekan PH macam nak rak:

i. Haramkan Dong Zhong dan LTTE;
ii. Mansuh sekolah venakular;
iii. Tolak pengiktirafan kepada UEC;
iv. Tutup kilang arak;
v. Haramkan penjualan arak;
vi. Kenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang akibatkan kemalangan maut;
vii. Haramkan spesis Sajat;
viii. Tak jual aset negara;
ix. Beli balik aset Tabung Haji yang terjual;
x. RUU 355 mengenai hudud dah boleh bentang.
xi. BMF diteruskan dengan meluas dan boleh buat umat Islam senang dan kaya raya.
xii. Jangan jadi khadam MCA.

Kalau ada lagi, pohon sambung tuan/ puan.




No comments: