Man Toba Ori
Walaupun Team Azmin keluar PH,
Walaupun team Muhyidin keluar PH,
Kerajaan PH tetap tidak akan jatuh pada 24hb February 2020 jika Tun M tak meletakkkan jawatan PM pada hari tersebut.
Jika Tun M tidak letak jawatan, kabinet PH masih kekal, GPS 18 dan WARISAN 9 MP akan terus menjadi sekutu pro PH dan menyokong kerajaan PH yg ada kerana sifat kedua²nya yg kita ketahui adalah mereka akan menyokong siapa yg menjadi kerajaan pusat.
Jadi jika ;
PH 92 MP
GPS 18 MP
WARISAN 9 MP
Team Tun M 5 MP
Kerajaan PH masih ada kekuatan 124 kerusi untuk terus menjadi kerajaan..
Jika PH masih lagi jadi kerajaan, kita masih ada kuasa untuk berunding dengan mana² pihak, dan pada masa tu MP yg akan ikut Muhyidin pun tidak seramai seperti yg ada sekarang.
PH jatuh apabila Tun M meletakkan jawatan PM, kabinet PH automatik gugur dan pada masa tu PH tiada lagi kuasa untuk berunding dengan pihak lain..
Perancangan tebuk atap ni bukan baru bermula dari February 2020..
Ianya sudah dirancang dengan rapi begitu lama, Tun M juga terlibat sama..
Tun hanya "clash" dengan Muhyidin tentang soal "waktu untuk bertindak" dan "penerimaan UMNO sebagai en bloc" yg tidak dipersetujui Tun M.
Jika Muhyidin akur dengan syarat Tun M dari segi "waktu untuk bertindak" (mungkin lepas APEC) dan tidak menerima "UMNO sebagai en bloc" percayalah, Tun M akan menjadi PM kerajaan baru tanpa DAP, AMANAH & KEADILAN.
Semua ni hanya berpunca dari Tun M tidak mahu Anwar jadi PM sekaligus mengkhianati konsensus PH yg telah dipersetujui sebelum PRU14 lagi.
Jadi yang pertama yang wajib dipersalahkan adalah Tun M.
Kemudian barulah kita boleh salahkan yg lain² yg terlibat sama dalam perbincangan tersebut.. kunci kepada kejatuhan PH adalah apabila Tun M meletakkan jawatan PM pada 24 February 2020.
Tun Madey kitul punca dan perancang utama kejatuhan PH dan masih ada bekas2 langau nakkan Tun kembali?
Bullshit!!