Ceo Petronas Ditukar: Adakah sebab ini?*



1. Survival Politik PN, 18 Ahli Parlimen dari Sarawak.

2. Saman SARAWAK VS PETRONAS - Isu Cukai Jualan (SST) terhadap produk Eksport - Nilai 2019: RM2 Billion.

3. Scape Goat ke? Atau Downgraded dari CEO PETRONAS ke CEO MAS? 

4. Fotune 500: Rank Petronas 158. MAS tiada dalam list. List rugi ada.

5. Permainan ini jadi Perhatian Dunia, setakat tukar Pengerusi GLC ‘cap ayam’ dunia tidak ambil kisah sangat, tapi bila tukar Petronas di kedudukan No 1 di ASEAN. Ia jadi fokus. Boleh baca berita dunia.

6. Permainan Politik PN kini merebak habis hingga ke GLC Multinasional, janji Kenyalang kekal di PN. Bab ni cekap Muhyiddin.

7. Negeri Kelantan paling malang, dah jadi Kerajaan Pusat, PAS ada 18 Kerusi sama macam GPS di Sarawak, tapi tuntutan Royalti 5% senyap sepi selepas berberapa kerat dapat jawatan Menteri takda bajet besar.

8. Mahathir dan Anwar, jika kamu lambat sangat, sila berundur lah kedua dua nya, bagi muka baru teraju Pakatan Pembangkang. 

Sekian.

Syam Ghaz
Pengasas NGO Royalti Malaysia dan Kelantan.