1) So? Dah le TAKDE parti dgn dia hanya 5 MP Bebas (Ex-Bersatu) + 9 Warisan + 1 UPKO + 1PSB = 16 MP., masih lagi nak jadi PM? Akan ada lagi yg kalih tapi takkan berpuluh2 kot?? DSAI pula ada 92 MP di blkg JIKA mereka kekal berprinsip, kekal bersama konsensus PH. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺.
2) IRONIKnya...DSAI dgn 92 MP mahu DIPAKSA utk beri laluan kpd pemilik sokongan 16 MP +++ yg akan lompat lagi? Kali KEDUA?? Dan kena ingat, yg akan melompat, sebahagiannya menyokong DSAI sebagai PM, bukan Tun M sorg. Kalau DSAI tak beri laluan?? Maka...Dot dot dot...??🤔 Tak pasti lah betul ke tidak, tapi ada ahli satu parti tu percaya sgt DSAI tak boleh jadi PM. Katanya sumber dari Presiden parti mereka kononnya. Dianggap benar lah tu. DSAI dan PH sepatutnya ada "bargaining power".
3) Kalau tanya saya? #SECARA_PERIBADI saya dah jelaskan saya lebih suka PH tunggu PRU15 pada tahun 2023. ANDA TIDAK PERLU BERSETUJU DGN SAYA. Ada yg kata 3 tahun dlm politik adalah terlalu lama. Ya. Saya akui. Kenapa kita nak cepat sgt kalau dah tak boleh nak bermuafakat? Lebih baik kita tunggu 3 thn lagi di mana "halangan" utk bermuafakat itu dah "lenyap" atau beransur reda.
4) Pada saya, 39 MP PKR sepatutnya jangan berganjak, #NO_COMPROMISE..!! Biar PH terus jadi pembangkang selama mana Tun M tak setuju berundur dan Shafie Apdal tak sokong DSAI sebagai PM. Ini akan gagalkan cara SD pada Jun, VoNC Julai akan gagal dan "VoNC" terhadap Belanjawan 2021 pada November pun akan gagal. Begitu juga dgn penggal2 seterusnya selagi mereka tidak mahu bersetuju dgn syarat DSAI dan PKR.
5) Kalau dah pantang larang Tun M ialah "benarkan DSAI jadi PM" kenapa tak boleh "membenarkan Tun M jadi PM" adalah menjadi pantang larang kita penyokong dan MP-MP dari PH? Shafie Apdal tu di Sabah bila2 masa boleh tumbang, biar dia terdesak. Ini bukan soal sbb nak sgt DSAI jadi PM per se, tapi kita dah tahu Tun M ni mcm mana, merosakkan agenda Reform dan tidak boleh dikawal oleh MP PH. Tolak Tun M, tolak DSAI, siapa lagi MP yg layak diketengahkan sebagai PM pada ketika ini? Yiddin PM skrg, Zahid Hamidi, Pak Aji B atau Najib?? Persoalannya siapa calon PM dari PH jika bukan DSAI? PH tak pernah sediakan "backup plan" ini. Yillek.
6) Ini juga adalah "The Test of Endurance" atau "ENDURANCE TEST." Siapa sanggup bertahan sehingga 3 tahun lagi jadi pembangkang?
7) Biar PH terus jadi PEMBANGKANG selama mungkin dan lebih baik sehingga habis penggal pada tahun 2023. PH berpeluang membersihkan organisasinya daripada puak khianat dan tak ikhlas berjuang utk rakyat.
8) Biarkan shj PN memerintah dgn cara dia. Biar apa yg akan terjadi...terjadi. Biar rakyat rasa peritnya keadaan Ekonomi di bawah PNkhianat. Tiba waktu kempen PRU15 PH kempen habis-habisan. "One Cardinal Rule" tetap terpakai. Percayalah.
9) JIKA ditakdirkan DSAI tidak boleh jadi PM atas apa faktor sekalipun, kita semua kena terima dan redha. MOVE ON..!! Di masa akan datang, tampilkan pimpinan2 lebih muda dari kalangan PKR, Amanah dan DAP utk ganti DSAI dan pemimpin2 veteran.
10) Kita hanya tak mahu PNkhianat dan PNyamun terus memerintah Malaysia tapi tak semestinya kita perlu "kalut", kelam kabut dan tergesa-gesa nak jadi kerajaan sehingga sanggup gadaikan prinsip serta biarkan org yg tak pedulikan agenda REFORM jadi Perdana Menteri. Mahu ke dia mewakili PH?
والله اعلم
- Zus Din
05 Jun 2020
*****************************************
𝗠𝗣𝗧 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗿 𝗠, 𝟰 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶
Diterbitkan Hari ini 11:54 am
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad, terhenti secara serta-merta.
Selain Dr Mahathir, pemberhentian serta-merta itu turut melibatkan Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat itu turut mengesahkan keputusan parti berkenaan untuk keluar daripada PH, yang menurutnya dimuktamadkan dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu.
"Dengan pengesahan dan ketetapan yang diambil mesyuarat MPT semalam, saya menyeru kepada ahli dan pimpinan akar umbi untuk kekal istiqamah bersama parti demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air," kata Hamzah dalam kenyataan.
Untuk rekod, Dr Mahathir sebelum ini mendakwa mesyuarat MPT pada hari tersebut tidak pernah memuktamadkan keputusan itu. Anggota MPT A Kadir Jasin, yang menyokong Dr Mahathir, juga mendakwa sedemikian.
Keputusan untuk membawa Bersatu keluar daripada PH oleh presiden parti, Muhyiddin Yassin, yang ditentang Mahathir dan penyokongnya, telah mencetuskan rantaian peristiwa yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan PH setelah tidak sampai dua tahun memerintah.
Ia juga menyebabkan konflik dalaman Bersatu menjelang pemilihan parti itu.
Mesyuarat semalam dipengerusikan presiden Muhyiddin Yassin di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM). Ia berakhir kira-kira pukul 11.40 malam, dan Muhyiddin enggan bertemu media yang telah menunggu sejak sebelum mesyuarat bermula.
Beberapa anggota MPT Bersatu yang diketahui berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad pula meninggalkan mesyuarat lebih awal, iaitu kira-kira pukul 10.45 malam, apanbila tidak berpuas hati dengan beberapa isu dibangkitkan.
Mereka ialah ialah Abu Bakar Yahya, Akramsyah Sanusi, Tariq Ismail dan Ulya Husamudin yang juga ketua penerangan Armada.
Dalam mesyuarat semalam, MPT Bersatu turut mengesahkan beberapa langkah dan keputusan yang dibuat parti itu sebelum ini, seperti pelantikan Muhyiddin selaku pemangku pengerusi, dan penyingkiran Marzuki Yahya sebagai setiausaha agung.
Berkenaan kedudukan Muhyiddin sebagai pemangku, Hamzah berkata ia selaras dengan Fasal 16.9 perlembagaan parti setelah peletakan jawatan oleh Dr Mahathir pada 24 Februari lalu.
"MPT menyokong dan memberi mandat penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berlandaskan perlembagaan," katanya lagi.
Begitu juga dengan pelantikannya menggantikan Marzuki, yang menurut Hamzah "sah dan teratur" mengikut perlembagaan susulan MPT sebelum ini telah mengesahkan pemberhentian keahlian Marzuki.
Sementara itu, Hamzah berkata MPT turut mengesahkan Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya adalah setiausaha kerja yang sah dan sebarang surat pemakluman yang ditandatanganinya terpakai secara rasmi.
Suhaimi sebelum ini merupakan penandatangan surat makluman pemberhentian keahlian terhadap Mahathir dan empat yang lain, yang bertarikh 28 Mei.
Bagaimanapun mereka mempertikaikan penyingkiran itu dan menyifatkannya tidak sah, antara lain mempersoalkan kuasa setiausaha kerja.
Menurut Mahathir, jawatan itu tiada dalam perlembagaan parti dan tidak mempunyai apa-apa kuasa pun berdasarkan perlembagaan parti.