JIKA BERSASAR -IANYA MENYUSAHKAN PIHAK BANK_ Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM

 

Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM

Harits Asyraf Hasnan
Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan telah menerima banyak maklumbalas berhubung keperluan untuk melanjutkan moratorium terutamanya bagi mereka yang terjejas. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini sedang mengkaji kaedah memudahcarakan proses pelanjutan moratorium pinjaman hutang bagi mereka yang amat memerlukan sokongan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah menerima banyak maklumbalas berhubung keperluan untuk melanjutkan moratorium terutamanya bagi mereka yang terjejas.
"Jadi tentulah perlu untuk kita (kerajaan) berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) di Malaysia sama ada boleh atau tidak mempertimbangkan lagi.
"Di pihak kerajaan, kita sokong. Cuma sebab bank ini, mereka yang menguruskan wang dan dana yang disimpan oleh majikan-majikan.
"Setiap langkah yang mereka nak ambil itu mesti diambil kira sama ada boleh memberi jaminan kepada penyimpan-penyimpan mereka dan akhirnya mereka mendapat keuntungan daripada pelaburan yang disediakan oleh bank," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
BACA: Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
BACA: DAP desak PM lanjut moratorium, sedia kerjasama dengan semua parti - Guan Eng
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata tiada negara lain yang mengambil pendekatan Malaysia untuk menawarkan moratorium secara automatik kepada semua peminjam.
"Hampir semua telah mengambil kemudahan moratorium ini yang mengurangkan dana untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Tambahan, moratorium juga mengurangkan dana institusi bank yang dapat digunakan untuk mengeluarkan pinjaman baharu.
"Dengan itu, kerajaan mengambil langkah untuk beralih kepada pendekatan yang lebih bersasar," katanya.
Mengikut rekod, setakat 16 Oktober 2020, lebih 650,000 permohonan bantuan bayaran balik pinjaman terdiri daripada 603,500 permohonan daripada individu, 43,000 permohonan daripada PKS, dan 3,500 permohonan daripada perniagaan lain telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus.
Pada September 2020, nilai keseluruhan bayaran balik pinjaman telah mencecah 70 peratus daripada jumlah sebelum tempoh moratorium pinjaman secara menyeluruh, walaupun ketika itu tempoh moratorium secara menyeluruh selama enam bulan masih berkuatkuasa.





No comments: