Kerajaan PN syok sendiri, netizen kecam Saifuddin jadi moderator soal menteri

 

Kerajaan PN syok sendiri, netizen kecam Saifuddin jadi moderator soal menteri

Tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah menjadi moderator dalam satu forum bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun dipersoal warga maya.

Rata-rata menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa ini ‘syok sendiri’ apabila seorang ahli Parlimen mengambil alih tugas moderator yang mengajukan soalan sesama sendiri.

“Kerajaan syok sendiri. Daripada berdebat di parlimen, seorang menteri sedang mengatur forum. Tidak ada akauntabiliti, tidak ada ketelusan, tidak ada,” kritik seorang pengguna Twitter.

Saifuddin berperanan menjadi moderator dalam forum kendalian KKMM bertajuk “Temu Minda: Kebajikan Rakyat Dalam Cabaran Covid-19” yang juga disiar secara langsung menerusi Facebook rasmi Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Selain Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), seorang lagi ahli panel ialah pakar pengurusan pelaburan dan kewangan dalam pembangunan wanita, Datuk Jamelah Jamaluddin.


No comments: