COVID-19: 1,032 kes baharu, 82 ICU dan 8 mati

 

COVID-19: 1,032 kes baharu, 82 ICU dan 8 mati

Jumlah kes baharu positf COVID-19 hari ini terus kekal empat digit iaitu sebanyak 1,032 kes yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia 35,425 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah daripada pertambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,339 kes.

Katanya, daripada 1,032 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara India (1 kes); Singapura (1 kes); dan Filipina (1 kes).

“Daripada 1,029 kes penularan di dalam negara, satu kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah
sebanyak 479 kes,”katanya.

Sehingga kini, katanya, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 271 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 820 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 24,815 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Namun, negeri Sabah mencatatkan jumlah tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes (23.6 peratus). Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 28 (2.7 peratus) kes positif pada hari ini.



No comments: