2rc StSlimpcoNoviemobntrelsor atr s20elS:uductl04 ·
10 Cadangan MUDA Belanjawan 2021
1. Melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.
2. “1 Keluarga, 1 Laptop” : Menyediakan sebuah komputer riba
atau elaun tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga untuk kegunaan
pembelajaran atas talian.
3. Bantuan tunai berjumlah RM50 sebulan bagi pelajar universiti
sebagai perbelanjaan pembelajaran atas talian bagi tempoh 6 bulan yang akan
datang. Ini selari dengan usaha kerajaan menambahkan router internet mudah alih
untuk meluaskan jangkauan ke kawasan yang tiada atau lemah cakupannya.
4. Bonus 2 bulan untuk pekerja barisan hadapan seperti
kakitangan perubatan, polis dan tentera sebagai penghargaan kepada pengorbanan
mereka untuk negara dan meningkatkan semangat dalam menangani Covid-19.
5. Geran tambahan bagi latihan semula dan naik taraf kemahiran
bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, juga menyediakan bantuan dan penempatan
pekerjaan (fokus kepada sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui).
6. Geran tambahan dan pelepasan cukai untuk perniagaan yang
mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dan graduan baru, serta yang
menggunapakai amalan contoh dalam mengurangkan pencemaran dan kesan rumah
hijau.
7. Melanjutkan program subsidi gaji untuk perniagaan dari
Januari ke Jun 2021, dan memberi subsidi yang lebih tinggi untuk
industri-industri yang terkesan teruk seperti F&B, pelancongan, dan
penerbangan.
8. Memperluaskan jaringan keselamatan sosial (elaun, dana, dsb.)
untuk komuniti rentan seperti mangsa keganasan rumahtangga, komuniti OKU, artis
dan seniman, dsb. (akibat daripada peningkatan mendadak kes Covid-19).
9. Peruntukan dana bagi memudah dan menggalakkan pelaburan berkaitan
tenaga lestari dan boleh diperbaharui untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi
bagi rakyat Malaysia sekaligus bersedia mendepani perubahan iklim
10. Peruntukan dana kawasan Parlimen yang saksama bagi semua
Ahli Parlimen untuk memastikan pengagihan kewangan yang lebih pantas ke kawasan
terjejas dan proses desentralisasi bantuan untuk kebaikan rakyat berjalan
lancar.
2 November 2020