"𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐇, 𝐏𝐊𝐑 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐇"

 

Image may contain: 1 person


Assalamualaikum.

Salam Reformasi.

Pro98 Reformis Malaysia memandang serius tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen pada hari ini (hari pertama) atas alasan ada kakitangan Parlimen yang positif Covid-19.

Disaat Negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang amat meruncing akibat Covid serta politik yang tidak menentu, kerajaan dilihat seperti cuba mengganggu perjalanan demokrasi di Parlimen dengan berselindung disebalik Covid.

Pro98 Reformis yakin Rakyat juga sangsi dan ragu dengan alasan Menteri Ubdang2 mewakili kerajaan PN memandangkan rekod pengkhianatan mereka sejak mula merampas mandat Rakyat dengan Langkah Sheraton hingga tertubuhnya kerajaan 'pintu belakang' atau 'tebuk atap'.

Pro98 Reformis menggesa agar KKM segera menyiasat kes covid yang konon telah menyerang beberapa kakitangan Parlimen dan mendedahkan hasil siasatan kepada umum agar Rakyat berpuas hati.

Pro98 Reformis tidak rela jika ada ahli politik jahat yang rakus cuba mengganggu sidang Parlimen yang mulia dan memperdaya Rakyat.

Pro98 Reformis juga tidak akan nembenarkan tindakan ahli2 politik yang khianat itu bersembunyi dibalik covid untuk mempertahankan kuasa politik mereka yang kini berada dihujung tanduk.

Pro98 Reformis, menjunjung Keluhuran Perlembagaan yang menjadi teras Sistem Demokrasi dan Raja Berparlimen dalam Negara ini, menuntut agar sidang Parlimen diteruskan dengan menyelesaikan terlebih dahulu Usul Tidak Percaya terhadap PM sebelum Pembentangan Bajet. Ini amat penting kerana PM yang ada wajib buktikan bahawa beliau punya sokongan majoriti sebagai PM yang SAH.

Salam hormat.

Dr. Badrulamin Bahron

Pengerusi

Pro98 Reformis Malaysia.

2 November 2020.

#𝐁𝐨𝐬𝐚𝐦𝐨𝐓𝐨𝐤𝐌𝐢𝐧

Kredit: FB Page Badrulamin Baharon

 

No comments: