Peruntukan sama rata untuk MP pembangkang: Umno hilang kuasa tawar-menawar

 

Peruntukan sama rata untuk MP pembangkang: Umno hilang kuasa tawar-menawar


Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berpendapat Umno tidak akan bersetuju dengan cadangan supaya ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama seperti wakil kerajaan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu berkata, Umno bakal hilang kuasa tawar-menawar dalam politik jika cadangan itu dilaksanakan.

“Saya rasa Umno takkan setuju perkara ni, kerana kalau ada perjanjian macam ni, maknanya pihak pembangkang ada persefahaman dengan PM.

“Umno punya bargaining power (kuasa tawar menawar) habislah. Mereka (Umno) lihat strategi mereka sendiri,” kata Loke dalam wawancara menerusi Facebook DAP malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang berkata cadangan tersebut akan “membunuh” BN secara keseluruhan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu turut menyifatkan Tajuddin mempunyai pandangan politik sempit pada ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada dalam kedudukan rapuh.

“Bagaimana nak ada reconciliation (pendamaian) kalau perkara macam ni pun (peruntukan sama rata) tak boleh bekerjasama. Kerajaan hari ini rapuh, dan kalau kita hendak bekerjasama dengan pembangkag,kita kena ada pesefahaman.Kit kena jadikan ia sebagai  satu dasar,Tegasnya lagi.

No comments: