Selangor
pernah mencacat negeri yang memiliki rizab kewangan tertinggi pada hujung era
Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut
Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi, rizab ketika itu mencecah
RM3.3 bilion. Namun katanya, selepas beberapa tahun, ketika MB semasa Datuk
Seri Amirudin Shari mengambilalih jawatan daripada Azmin Ali, rizab didapati
merosot kepada RM2.4 bilion.
Oleh itu,
Najwan mahu satu kajian dibuat mengenai punca penyusutan rizab yang begitu
besar berkenaan.
"Kita
masih ingat pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid telah meninggalkan sejumlah lebih
RM3.3 bilion rizab negeri. Waktu itu, Selangor sangat berbangga menjadi negeri
yang bukan sahaja terkaya, tetapi mempunyai rizab terbesar.
"Sudah
menjadi perbualan di luar sana apabila rizab negeri kini hanya dianggar sekitar
RM2.4 bilion sahaja. Maknanya berkurangan hampir RM1 bilion dari jumlah yang
diwariskan oleh pentadbiran Tan Sri Khalid.
"Ketika
Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengambil-alih jawatan Datuk Menteri Besar,
rizab negeri juga difahamkan berada di bawah RM2 bilion, yakni sekitar RM1.8
bilion sahaja.
"Saya
percaya sudah sampai masanya Kerajaan Negeri memberi penjelasan bagaimana
sejumlah lebih RM1 bilion telah berkurangan sebelum Yang Amat Berhormat Sungai
Tua mengambilalih jawatan Menteri Besar," katanya dalam sesi perbahasan
Rang Undang-undang Perbekalan 2021.
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Selangor itu berkata, pencerahan berhubung perkara itu
pastinya akan menjernihkan kekaburan yang selama ini wujud dan menjadi
perbualan dalam kalangan rakyat Selangor.