Kalau tak ada perkara yang elok nak cakap, lebih baik diam. Di
saat pembangkang sendiri sudah tak mampu jadikan Menu Rahmah sebagai peluru
untuk menembak kerajaan, pemimpin Muda WP keluarkan kenyataan sebegini. Apa
tujuan?
Begini ke sifat parti yang beriya nak masuk PH tapi sibuk juga
perlekehkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan? Siap tuduh 'menutup
kebenaran'. Apakah yang hendak disampaikan? Sebab itu penyokong PH tak dapat
terima Muda.
Tiada siapa kata Menu Rahmah ini penyelesaian jangka panjang.
Menteri sendiri tegaskan inisiatif ini adalah usaha untuk bantu rakyat
berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meninggi sambil
usaha berterusan dijalankan untuk pulihkan bekalan makanan dan turunkan harga.
Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
Makanan telah jalankan usaha untuk meningkatkan bekalan makanan yang mana akan
dituruti dengan penurunan harga barang asas makanan. Benda bukan rahsia pun.
Ada usaha menanam jagung atas tanah kerajaan bagi mengurangkan
import. Jagung ni bahan asas untuk pembuatan dedak. Sampai kerajaan percepat
usaha kemasukan pekerja asing bagi membolehkan lebih telur dihasilkan. Nak apa
lagi?
Usaha ini bukan hari ini buat, hari ini dapat hasil. Ia makan
masa hingga enam bulan. Hari ini pun dah boleh nampak bekalan ayam dan telur
makin pulih. Ada peningkatan berbanding sebelum ini. Aku yakin menjelang
pertengahan tahun, akan lebih baik.
Lebih menyakitkan hati, dia juga mempersoalkan tahap kebersihan
makanan Menu Rahmah. Macam pembangkang dah bunyinya. Menghina peniaga makanan.
Kamu orang politik memanglah tak kira halal haram. Tapi jangan anggap peniaga
pun sama macam kamu.
Menu Rahmah seharusnya penyediaannya sama seperti makanan yang
lain. Bukan Menu Rahmah kutip ayam reject atau bahan buangan. Mamat ni tak tahu
apa yang dia kata. Sebab tu aku tulis, kalau tak ada benda elok nak cakap, baik
diam.
Kenyataan pemimpin Muda ini jelas perlihatkan yang Muda tidak
ada jiwa PH. Maka tak seharusnya Muda diterima bersama PH. Cara buat kenyataan
memperlihatkan mereka lebih mirip kepada PAS dan Bersatu. Lebih baik Muda
bersama PN.
Mereka ketandusan isu. Di saat pemimpin PH sibuk bercakap soal
rakyat, mereka kelihatan tandus isu. Semakin hanyut dan dilupakan. Itu yang
main cakap je janji tak hilang terus. Tapi kenyataan macam tak cukup berfikir.
Begitulah bila budak mentah nak main politik. Guane boh?
.