MAT SAMAN KATI
Ramai yang akan setuju kalau aku kata pertanian kita ketinggalan 20 tahun berbanding negara maju. Singapura yang tak ada tanah, boleh menjadi negara nombor satu dalam index jaminan makanan global. Semalam, ada empat orang tag aku dalam satu posting yang sama tentang bagaimana Singapura menggunakan Pulau Bulan milik Indonesia sebagai pulau stok makanan.
Aku tak pasti sama ada Singapura mencontohi China atau China yang follow Singapore, tapi modus operandi depa sama. Maklumat intelligence tentang Singapore tak banyak, tapi tentang China ada banyak. So, aku cerita tentang China.
Pertanian kita selalunya dipengaruhi sistem pertanian barat sebab depa dianggap advance kerana "saintifik", walaupun aku lebih berminat dengan sistem pertanian Cuba yang lebih mapan. Selama ini, teknologi pertanian dikuasai barat, tapi sekarang, China sedang memberi saingan. Justru itu, mahu atau tidak, kita akan tunduk kepada salah satu kuasa ini. Barat atau China.
Barat memerlukan beratus tahun untuk sampai ketahap kemajuan sekarang, tapi China hanya memerlukan 60 tahun untuk bangkit dari bencana dan menjadi kuasa besar pertanian sekarang.
Pada tahun 1959 hingga 1961, China mengalami kebuluran. 34 juta penduduknya mati kelaparan.
Dean Gooderham Acheson, U.S State Secretary pada zaman Harry Truman pada masa itu pernah membuat kenyataan, China tidak akan mampu menyediakan makanan kepada 546 juta penduduknya. Pada tahun 1974, World Food Conference mengeluarkan kenyataan, "There's no way China could feed its population of 1 billion people.".
Oleh kerana China menutup pintunya kepada dunia luar, tidak ramai yang mengetahui, pada tahun 1973, Yuan Longping, telah berjaya menghasilkan padi hibrid pertama di China. Dan sejak 1980, team Yuan telah menawarkan latihan, kajian dan usahasama dibeberapa negara yang merangkumi 7 juta hektar. Itu agro-diplomacy awal yang dibuat oleh China.
Singapore juga menggunakan strategi yang sama dengan menggunakan Temasek Rice untuk berusahasama dengan Myanmar dan Vietnam
China tidak mempunyai kawasan pertanian yang luas macam USA. Topografi China berbukit dan majoriti ladang di China bersaiz kecil.
Keluasan 'arable land' di China hanya 1.4j kilometer persegi dan daripada itu, hanya 1.2% (116,580 km persegi) yang ditanam dengan tanaman utama seperti beras, gandum dan jagung. Keluasan ini hanya 9% dari jumlah keluasan ladang global tetapi China mampu memastikan SSL pada paras 95%. 9% keluasan ladang mampu menyara 20% penduduk dunia.
Yang kurangnya, walaupun 'availability' dan 'affordability' China mendapat markah tinggi, tetapi 'food safety' China fail. China menggunakan terlalu banyak baja kimia dan racun serangga. Itu sebab, kedudukan China dalam GSFI jatuh ketangga ke 35.
Dari negara yang kebuluran, China bangkit menjadi negara yang "self sustainable". Bukan setakat itu, sekarang mereka sama level dengan Amerika dan Eropah. Macam mana depa buat?
China mengamalkan pertanian konvensional dan cubaan untuk membawa bioteknologi mendapat tentangan dari rakyatnya yang menentang GMO. Pada tahun 2013, Presiden Xi Jinping berpendapat, "we cant let foreign companies dominate GMO market." Kalau tak boleh dibuat di China, depa buat diluar China. Dari situ, China menjadi lebih agresif.
Padi, gandum dan jagung sudah cukup untuk rakyat China tapi mereka terpaksa mengimpot 88 juta tan soya bean dari US setahun dengan harga USD40-50 billion untuk kegunaan ternakan. Lantas China memulakan penanaman soyabean di Brazil dan Peru. Landasan keretapi sepanjang 5000km dibina tanpa perlu melalui Terusan Panama. Pada tahun 2016 saja, China membelanjakan USD26 billon dihampir 100 negara dan sejak 15 tahun yang lalu, China sudah menguasai 66 juta hektar ladang pertanian diseluruh dunia.
Tahun 2017, China meluaskan penguasaan dalam pertanian apabila mengambilalih Syngenta dari Switzerland dengan harga USD43 billion melalui ChemChina. Syngenta merupaka pengeluar racun serangga dan pengeluar benih ketiga besar didunia. Sekarang hanya ada tiga syarikat pengeluar racun dan input pertanian didunia. Du Pont telah dibeli oleh Dow Chemical manakala Monsanto telah ditelan oleh Bayer.
Chemchina juga mengambil alih syarikat tayar Pirelli dan syarikat pengeluar jentera pertanian Jerman, Krauss-Maffei.
Berbanding dengan kita, keluasan sawah padi kita semakin hari semakin mengecil. Tu pun ada hajat nak buat airport kat tengah bendang di Bagan Serai.