KERAJAAN YANG MENYUSAHKAN RAKYAT

 May be an image of text

https://www.facebook.com/582359128946985/posts/1170230050159887/

PKP 3.0 di Malaysia telah banyak menyusahkan ramai pihak disebabkan syarat-syarat yang telah diumumkan oleh kerajaan. Terutamanya kepada peniaga-peniaga dan rakyat. Pengumuman kerajaan mengenai langkah dan syarat-syaratnya lebih kita lihat ingin menyelamatkan kerajaan berbanding rakyat.

Seperti kita sedia maklum, tempoh perniagaan telah disingkatkan kepada jam 8 malam. Dimana waktu itu adalah waktu kemuncak untuk para peniaga mencari rezeki dan waktu pembeli untuk membeli makanan atau keluar membeli barangan. Jadi, adakah ini dikira membantu rakyat dalam menjana ekonomi untuk kerajaan? atau sekadar syarat untuk tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat kerana dengan alasan boleh berniaga?

Tindakan kerajaan ibarat "memberi sebuah kereta tanpa minyak" memberi kebenaran tetapi dengan syarat yang tidak relevan untuk para peniaga dan orang awam untuk mencari rezeki.

Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula waktu perniagaan para peniaga dan orang awam untuk menyelesaikan urusan harian mereka. Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi bantuan penuh kepada setiap rakyat seperti bantuan pkp 1.0 dan pkp 2.0 sepanjang tempoh perlaksanaan pkp.


No comments: