MENTERI-MENTERI YANG BODOH LAHIR DARI KETUANYA

 

Kenapa kita gagal dan terburuk rangking dunia?


May be an image of 1 person and text that says "m RAKYAT MALAYSIA LETAK JAWATAN serta-merta sebelum LEBIH RAMAI rakyat terkorban! #Muhyiddin OUT #TakNak"


ARIZ FAZRIF

Ini gambar terbaru sahabat FB saya Awan Ghazi yg menetap di Merlbourne, Australia. Di sana seperti beberapa negara mereka tidak perlu memakai mask lagi. Malah di England ribuan penonton boleh menyaksikan Liga EPL di dlm stadium walaupun mereka mempunyai varian baru yg lebih bahaya. Saya sebenarnya rindu utk berjalan jalan di kota raya tanpa memakai mask seperti kwn2 saya di bandaraya2 South Australia, NZ dan beberapa negara lagi.

Kenapa negara kita pula makin teruk dan lebih memalukan paling teruk di dunia hampir menyamai ranking indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa? Ini kerana pengurusan negara sgt teruk. Negara kita teruk kerana tiada ketelusan dan kerajaan terus bermain politik sehingga rakyat menjadi mangsa.

Kita parah seperti skg kerana kerajaan PN berpolitik ketika Pandemik apabila merampas 5 negeri, pengurusan tanpa check & balance apabila Parlimen ditutup, SOP double standard, tiada ketelusan harga vaksin yg mahal dari negara2 lain ( tiada keberkatan ), vaksinasi yg lembab, SOP yg berubah rubah, demi kuasa sanggup menggadaikan rakyat Sabah apabila berlaku PRN negeri hingga impaknya satu Malaysia kes meningkat dan terbaru hari ini sistem pendaftaran Vaksinasi gagal.

Masalah disiplin rakyat hanyalah sebilangan kecil menyumbang kpd peningkatan kes hari ini. Ia berpunca dari pengurusan kerajaan sendiri. Rakyat sudah bosan apabila mereka dihukum sdgkan kayangan dan selebriti bebas ke sana sini. Malah kerajaan tidak menyediakan dana khas utk penutupan ekonomi sehingga warganet teruk menghentam kerajaan saban hari dgn sindiran2 pedas.

SOP yg lemah...Contoh di Sabah kerajaan tidak benarkan rentas daerah atau Zon utk tempoh 7 hari. Namun bandaraya KK tetap sunyi sepi menjelang hari raya kerana puluhan ribu telah pulang dari tarikh tersebut. Bagi ipar saya, 7 hari memang cuti raya setiap tahun yg mereka ambil jadi tiada masalah utk mereka tetap pulang ke kampung masing2.

Kenapa negara ini gagal diuruskan dgn baik? Dahulu siapa yg menjadi Menteri adalah kalangan mereka yg benar2 diyakini mampu melakukan kerja2 mereka. Sebab itu mereka dihormarti dan nama2 mereka mudah diingati. Tapi zaman Najib dan terbaru Muhyiddin mereka melantik kalangan mereka yg mampu berhujah mempertahankan PM sekaligus kerajaannya. Pendek kata siapa kuat kipas dia akn dilantik.

Akhirnya muncullah org seperti Noh Omar Tajuddin, Nazri Aziz, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Azeez Rahim dan ramai lagi. Di zaman Muhyiddin lebih teruk apabila lantikkan Menteri bukan kerana kepakaran apatah lagi integriti tetapi sekadar memenuhi kuota parti semata mata utk menyokong kerajaan pengkhianatannya. Hinggakan mereka yg kalah hilang deposit masih boleh dilantik sebagai Tim Menteri... sgt memalukan.

Lihatlah mereka yg menjadi Menteri, Tim dan Pengerusi GLC. Nampak mereka buat kerja? Tak hairan bila ramai kakitangan kerajaan komplen mengatakan Menteri skg tidak tahu buat kerja.

Malangnya rakyat kita tidak nampak kenapa kes kita meningkat mendadak. Mereka menyokong kehancuran buat negara. Ia kerana reverse psychology kerajaan menjadikan rakyat dikambing hitamkan apabila kes meningkat. Ya kerajaan berjaya menipu org kampung tapi bukan semua rakyat Malaysia boleh dibodohkan semudah itu.

Sdgkan 3 bulan rakyat sanggup berkurung, rakyat redha perniagaan ditutup, rakyat redha dibuang kerja... bantuan yg tiba hanya dari wang simpanan rakyat. Hanya sedikit dari kerajaan itu pun kpd kelompok tertentu. Ke mana perbelanjaan ratusan billion duit rakyat yg tanpa ditapis di Parlimen itu digunakan? Itu wang rakyat...!!!

Lihat hari ini rakyat atau warganet mengamuk apabila gagal mendaftar vaksinasi....salah siapa? Jgn alihkan isu rakyat lari dari vaksinasi... sdgkan berjuta yg sudah berdaftar masih gagal mendapat vaksinasi.

 

No comments: